Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Sambil Belajar Iptar

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.00 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Seramai 17 orang pelajar lelaki dan perempuan dengan diiringi oleh seorang urusetia dari Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) RTM..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-sambil-belajar-iptar
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 14:58 MYT

Bukit Aman - 21 Mei 2008. Seramai 17 orang peserta kursus dengan diiringi oleh  seorang urusetia dari Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR),  RTM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.

Peserta-peserta kursus yang mengikuti kursus  Kewartawanan Penyiaran mulai 14 April sehingga 17 Jun 2008  di IPTAR  telah di sambut oleh DSP Lai Lee Ching, DSP Penyelidik Perancang, Analisa & Rekod Cawangan Perhubungan Awam, Bukit Aman bersama  anggota Cawangan Perhubungan Awam.

Rombongan peserta-peserta telah diberi penerangan oleh DSP Lai Lee Ching berkaitan struktur organisasi PDRM, Sejarah PDRM, Kerjaya, tugas-tugas dan juga sesi soal jawab bersama pelajar. Diakhir majlis, rombongan pelajar-pelajar telah disajikan dengan jamuan minum pagi dan juga penyampaian cenderahati dari Cawangan Perhubungan Awam dan juga Hal Ehwal Awam Bukit Aman.

Lawatan Sambil Belajar Iptar
Khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan oleh DSP Lai Lee Ching, DSP Penyelidik Perancang, Analisa & Rekod Cawangan Perhubungan Awam

Lawatan Sambil Belajar Iptar
Rombongan peserta-peserta kursus dari Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) bergambar kenangan di hadapan Auditorium PDRM, Tingkat 16, Bukit Aman.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.00 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM