Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejohanan Ragbi 15 S Piala Ketua Polis Negara 2008

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.01 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Kejohanan Ragbi 15'S Piala Ketua Polis Negara 2008 telah diadakan di PULAPOL Kuala Lumpur. Kejohanan bermula dari 21 Mei 2008 dan tamat pada 25 Mei 2008..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-ragbi-15-s-piala-ketua-polis-negara-2008
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:56 MYT

PULAPOLKuala Lumpur- 21 Mei 2008. Kejohanan Ragbi 15'S Piala Ketua Polis Negara 2008 telah diadakan di PULAPOL Kuala Lumpur. Kejohanan bermula dari 21 Mei 2008 dan tamat pada 25 Mei 2008.

Kejohanan dirasmikan oleh YDH Supt. Mohd Anuar bin Othman, Timbalan Komandan (Latihan) PULAPOL Kuala Lumpur. Turut hadir ialah DSP Hassan bin A. Rahman, Ajutan PULAPOL Kuala Lumpur, DSP Arjunaiti bin Abdullah, Setiausaha Majlis Sukan PDRM, Pegawai-pegawai, Pengurus Pasukan dan pemain-pemainyang mewakili kontinjen dan briged.

Di majlis perasmian itu juga diadakan perlawanan antara PULAPOL Kuala Lumpur dan Briged Utara dimana PULAPOL Kuala Lumpur telah memenangi perlawanan tersebut, dalam keadaan padang yang lecak selepas hujan lebat.

Selain mengenal pasti, menilai keupayaan dan mengejar kejuaraan, kejohanan ini dapat mengukuhkan silaturrahim antara pegawai dan peserta. Kesempatan ini juga harus digunakan untuk memupuk semangat kesukanan yang tinggi sejajar dengan hasrat pucuk pimpinan untuk melihat pembangunan sukan di dalam pasukan secara aktif dan bersepadu serta menjurus kearah kecemerlangan.

Sebanyak empat belas pasukan telah mengambil bahagian di Kejohahan Ragbi 15'S Piala KPN 2008.

Kejohanan Ragbi 15 S Piala Ketua Polis Negara 2008
Supt. Mohd Anuar bin Othman, Timbalan Komandan (Latihan) PULAPOL Kuala Lumpur diperkenalkan kepada pemain-pemain dari Briged Utara.

Kejohanan Ragbi 15 S Piala Ketua Polis Negara 2008
Pemain-pemain dari PULAPOL Kuala Lumpur

Kejohanan Ragbi 15 S Piala Ketua Polis Negara 2008
Beruasaha untuk menjatuhkan lawan...

Kejohanan Ragbi 15 S Piala Ketua Polis Negara 2008
Hujan lebat sebelum perlawanan menambahkan aksi menarik perlawanan antara PULAPOL KL dan Briged Utara

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.01 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM