Bukit Aman - 21 Mei 2008. Seramai 17 orang peserta kursus dengan diiringi oleh seorang urusetia dari Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR), RTM telah mengadakan lawatan sambil belajar ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman.
Peserta-peserta kursus yang mengikuti kursus Kewartawanan Penyiaran mulai 14 April sehingga 17 Jun 2008 di IPTAR telah di sambut oleh DSP Lai Lee Ching, DSP Penyelidik Perancang, Analisa & Rekod Cawangan Perhubungan Awam, Bukit Aman bersama anggota Cawangan Perhubungan Awam.
Rombongan peserta-peserta telah diberi penerangan oleh DSP Lai Lee Ching berkaitan struktur organisasi PDRM, Sejarah PDRM, Kerjaya, tugas-tugas dan juga sesi soal jawab bersama pelajar. Diakhir majlis, rombongan pelajar-pelajar telah disajikan dengan jamuan minum pagi dan juga penyampaian cenderahati dari Cawangan Perhubungan Awam dan juga Hal Ehwal Awam Bukit Aman.

Khusyuk mendengar penerangan yang disampaikan oleh DSP Lai Lee Ching, DSP Penyelidik Perancang, Analisa & Rekod Cawangan Perhubungan Awam

Rombongan peserta-peserta kursus dari Institut Penyiaran Tun Abdul Razak (IPTAR) bergambar kenangan di hadapan Auditorium PDRM, Tingkat 16, Bukit Aman.