Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kejohanan Menembak Ipsc Piala Komander Utk 2008

Diterbitkan: 09 Jun 2014 8.10 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.46 PM
Pertandingan IPSC merupakan acara baru yang kini mendapat perhatian yang meluas dikalangan pasukan beruniform..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kejohanan-menembak-ipsc-piala-komander-utk-2008
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 19:44 MYT

Cheras - 16 Julai 2008. Kejohanan Menembak IPSC ( International Practical Shooting Confederation)  Piala Komander UTK 2008 telah di adakan di Kompleks Lapang Sasar Briged Tengah, PGA Cheras, Kuala Lumpur. Kejohanan telah bermula dari 14 - 16 Julai 2008.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YDH ACP Mastor bin Mohd Ariff, Timbalan Komander Unit Tindakan Khas yang mewakili Komander UTK. Hadir di kejohanan tersebut ialah YDH SAC I Leo Chong Cheong Ketua Penolong Pengarah Inteligen Keselamatan, YDH SAC II Dato' Roslan bin Ahmad  Komander Pasukan Simpanan Persekutuan, YDH SAC II Dato' Hamzah bin Taib Ketua Trafik Pasukan serta Pegawai-pegawai kanan PDRM dan peserta-peserta.

Hadir sama, Y.M Tengku Amir Zaki bin Tengku Abdul Rahman, SUB Undang-Undang KDN, En. Abdul Salam bin Ahmad, Dublex Energy Sdn Bhd, En. Annaz bin Dato' Izzuddin, BMT Sdn Bhd serta Dif-dif jemputan.

Pertandingan IPSC merupakan acara baru yang kini mendapat perhatian yang meluas dikalangan pasukan beruniform. Konsep utama IPSC adalah ketepatan menembak dengan menggunakan kekuatan dan kepantasan dimana elmen-elemen inilah yang akan menentukan kejuaraan peserta-peserta. Selain itu, semua peserta-peserta perlu mematuhi peraturan pertandingan dan tatacara pengendalian senjata.

Pertandingan diadakan dalam beberapa kategori:-
1)  Open Division
2)  Standard Division
3)  Modified Division
4)  Production Division

Kejohanan Menembak IPSC ( International Practical Shooting Confederation)  Piala Komander UTK 2008 ini disertai 33 pasukan dengan 153 orang penembak dari cawangan-cawangan PDRM. Selain itu, acara bagi VIP dan jemputan Khas juga dipertandingkan.

Keputusan pertandingan :-
Team vs Team
1)  Persenjataan Bukit Aman
2)  Vat 69 B
3)  Vat 69 C

Keseluruhan Team
1)  UTK 1
2)  Persenjataan Bukit Aman
3)  UTK 2
4)  Pulapol A
5. VAT69 A
6. VAT69 B
7. Brided Tengah A
8. JSJ IPK Selangor
9. PULAPOL B
10.  IT Bukit Aman
11. Trafik Bukit Aman B
12. VAT69 C
13. Briged Tengah B
14. D8 Bukit Aman A
15. JSJ IPK Kuala Lumpur
16. D8 Bukit Aman B
17. JSJ D9 IPK Perak
18. VAT69 D
19. Unit Udara2
20. Unit Udara 1
21. TRAFIK Bukit Aman B
22. JSJ Komersil Bukit Aman
23. E6 Caw. Khas Bukit Aman

Individu
1)  Kpl Azmer Mohammad (UTK)
2)  Kpl Suntaram (UTK)
3)  Kpl Sharif hashim (Persenjataan Bukit Aman)

Bagi acara Jemputan VIP
1) Kumpulan 1 yang diketuai oleh YDH ACP Mastor bin Mohd Ariff
2) Kumpulan 5 yang diketuai oleh YDH SAC II Dato' Hamzah Taib
3) Kumpulan 3 yang diketuai oleh YDH ACP kamaruzaman bin Md. Jan

Kejohanan Menembak Ipsc Piala Komander Utk 2008
Antara pasukan-pasukan yang mengambil bahagian

Kejohanan Menembak Ipsc Piala Komander Utk 2008
Pertandingan Man vs Man

Kejohanan Menembak Ipsc Piala Komander Utk 2008
Pertandingan Team vs Team

Kejohanan Menembak Ipsc Piala Komander Utk 2008
Johan Kumpulan VIP ...dari kiri,  ACP Mastor bin Mohd Ariff, Supt. Thomas Navamoney, Y.M Tengku Amir Zaki bin Tengku Abdul Rahman dan  YDH SAC I Leo Chong Cheong

Kejohanan Menembak Ipsc Piala Komander Utk 2008
Pasukan Persenjataan Bukit Aman

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 8.10 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.46 PM