Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Pelajar Ke Muzium Pdrm

Published: 09 Jun 2014 8.10 AM Updated: 15 Aug 2026 7.46 PM
Rombongan pelajar-pelajar telah di sambut oleh DSP Lai Lee Ching, DSP Penyelidik Perancang, Analisa & Rekod Cawangan Perhubungan Awam Bukit Aman..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-pelajar-ke-muzium-pdrm
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:37 MYT

Muzium PDRM - 30 April 2008. Seramai 77 orang pelajar lelaki dan perempuan dengan diiringi oleh 4 orang guru pengiring dari Sekolah Menengah Kebangsaan Alam Megah, Shah Alam telah mengadakan lawatan ke Muzium Polis Diraja Malaysia di Kuala Lumpur.

Rombongan pelajar-pelajar telah di sambut oleh DSP Lai Lee Ching, DSP Penyelidik Perancang, Analisa & Rekod Cawangan Perhubungan Awam, Bukit Aman bersama pegawai-pegawai dan anggota Cawangan Perhubungan Awam dan juga wakil dari Muzium PDRM.

Selain dari lawatan di sekitar Muzium PDRM, pelajar-pelajar juga telah diberi penerangan oleh DSP Lai Lee Ching berkaitan struktur organisasi PDRM, Sejarah PDRM, Kerjaya, tugas-tugas dan juga sesi soal jawab bersama pelajar. Diakhir majlis, rombongan pelajar-pelajar telah disajikan dengan jamuan minum petang dan juga penyampaian cenderahati dari Cawangan Perhubungan Awam dan juga Muzium PDRM.

Lawatan Pelajar Ke Muzium Pdrm
Antara guru-guru pengiring dan juga pelajar yang mengikuti rombongan...

Lawatan Pelajar Ke Muzium Pdrm
Khusyuk...Mendengar ceramah berkaitan Polis Diraja Malaysia

Lawatan Pelajar Ke Muzium Pdrm
Penceramah...DSP Lai Lee Ching, DSP Penyelidik Perancang, Analisa & Rekod Cawangan Perhubungan Awam

Lawatan Pelajar Ke Muzium Pdrm
Encik Kunalan, Guru Pengiring menyampaikan cenderahati kepada DSP Lai Lee Ching

ArticlePublished 09 Jun 2014 8.10 AMUpdated 15 Aug 2026 7.46 PM