Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Pelajar Dari Smk Bandar Baru Bangi Ke Bukit Aman

Published: 11 Jun 2014 2.29 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
' Biar Kalah Saiz, Jangan Kalah Semangat ', itulah ungkapan yang acapkali disebut oleh Pegawai Perhubungan Awam semasa memberikan taklimat dan tips motivasi kepada pelajar Ahli Kelab Pencegahan Jenaya..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-pelajar-dari-smk-bandar-baru-bangi-ke-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 09:42 MYT

Bukit Aman, 28 April 2011- " Biar Kalah Saiz, Jangan Kalah Semangat ", itulah ungkapan yang acapkali disebut oleh Pegawai Perhubungan Awam semasa memberikan taklimat dan tips motivasi kepada pelajar Ahli Kelab Pencegahan Jenayah dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Bangi, Selangor ketika menghadiri lawatan ke Bukit Aman pagi tadi.

Lawatan sambil belajar ini terdiri daripada 44 orang pelajar  dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 yang diiringi oleh 3 orang Guru Penasihat KPJS SMK Bandar Baru Bangi. Turut hadir dalam menjayakan lawatan pelajar ini ialah Pegawai Kanan Cawangan Perhubungan Awam, anggota serta Kakitangan Awam Polis Diraja Malaysia.

Tujuan taklimat ini disampaikan adalah untuk memberi pendedahan serta pengetahuan kepada para pelajar tentang peranan Jabatan-Jabatan PDRM dalam memerangi jenayah di Negara ini dengan lebih jelas. Selain itu, beberapa teknik pencegahan turut disampaikan kepada para pelajar seperti kes ragut, rompak serta tindakan yang harus dilakukan sekiranya ada kejadian jenayah di tempat awam. Para pelajar juga ditunjukkan cara mendaftar sebagai Ahli RakanCop dan juga pendedahan Facebook Rasmi PDRM.
 

Selesai sesi taklimat, para pelajar telah dibawa Muzium Polis untuk meninjau sejarah serta perkembangan Organisasi PDRM.

Lawatan Pelajar Dari Smk Bandar Baru Bangi Ke Bukit Aman
Salam pertemuan...penceramah dari Cawangan Perhubungan Awam memperkenalkan diri kepada para pelajar.

Lawatan Pelajar Dari Smk Bandar Baru Bangi Ke Bukit Aman
Para pelajar mendengar taklimat.

Lawatan Pelajar Dari Smk Bandar Baru Bangi Ke Bukit Aman
Barisan guru penasihat bagi Kelab Pencegahan Jenayah SMK Bandar Baru Bangi.

Lawatan Pelajar Dari Smk Bandar Baru Bangi Ke Bukit Aman
Bergambar kenangan selepas selesai sesi taklimat.

Lawatan Pelajar Dari Smk Bandar Baru Bangi Ke Bukit Aman
Demo mencegah kejadian ragut.

Jurufoto : Konst Raymond
Wartawan : L/Kpl Norliza
ArticlePublished 11 Jun 2014 2.29 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM