Artikel
Tindakan Tegas Akan Diambil Jika Enggan Terima Repot
'Repot Polis boleh dibuat di mana-mana Balai Polis di seluruh Malaysia dan tindakan setegas-tegasnya akan diambil terhadap anggota polis yang masih enggan mene...
Bukit
Aman - 28 April 2011. "Repot Polis boleh dibuat di mana-mana Balai
Polis di seluruh Malaysia dan tindakan setegas-tegasnya akan diambil
terhadap anggota polis yang masih enggan menerima repot tersebut", kata
YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara semasa
mengadakan Sidang Media di Dewan Threatrette, Menara 1, Bukit Aman, tengahari ini.
Hasil daripada Mesyuarat Delivery Task Force (DTF) Kali Ke-14 di Putrajaya pada pagi ini, dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri, juga turut dihadiri oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, antara perkara yang dibincangkan adalah berkaitan strategi dan langkah-langkah yang diambil untuk mengurangkan jenayah. Mesyuarat ini juga dihadiri Menteri Dalam Negeri dan Menteri-Menteri Kabinet.
Antara isu-isu yang dibangkitkan semasa mesyuarat tersebut adalah masih lagi terdapat anggota-anggota polis yang enggan menerima laporan yang dibuat oleh orang ramai.
Perbuatan ini menjejaskan imej pasukan dan bercanggah dengan Seksyen 107 (4) Kanun Prosedur Jenayah serta Perintah Tetap Ketua Polis Negara Bahagian D 202 yang jelas menghendaki mana-mana pegawai polis menerima apa jua laporan mengenai kejadian jenayah dan juga kemalangan jalan raya. Ini termasuklah penggunaan Pol. 55 untuk menerima laporan di luar Balai Polis khususnya di tempat kejadian itu sendiri.
Selain itu, YDH Dato' Khalid juga memaklumkan, pihak Cawangan Trafik PDRM akan mengemaskini prosedur mengeluarkan saman bermula 1 Mei 2011. Bermula tarikh tersebut, semua saman trafik yang menggunakan kamera, seperti kesalahan melebihi had laju, notis-notis saman (postal) yang dihantar kepada orang yang disaman akan disertakan sekali gambar kenderaannya.
"Orang ramai yang menerima notis saman, boleh mengemukakan bukti sekiranya saman ke atas kenderaan tersebut bukan kepunyaan mereka", kata YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara sebelum mengakhiri Sidang Media pada hari ini.
Sidang Media ini juga turut di hadiri oleh YDH DCP Dato' Haji Ghazali bin Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), YDH ACP Ramli bin K.P Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam, YDH SUPT. Che Zakaria bin Othman, Ketua PT Istiadat, Pegawai-pegawai Kanan serta wakil-wakil media.

YDH DIG Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara semasa mengadakan Sidang Media di Dewan Threatrette, Menara 1, Bukit Aman.

Antara Pegawai-pegawai Kanan PDRM dan wakil-wakil media yang hadir...
Wartawan / Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : Insp Md. Aruwan bin Md. Amilah