Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Tatu Pdrm Wadah Hubungan Polis Dengan Masyarakat

Diterbitkan: 11 Jun 2014 2.30 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bertepatan dengan konsep 4P yang digagaskan Ketua Polis Negara, juga sebagai menyahut agenda 1 Malaysia, 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan', penganjuran program TATU ini merealisasikan pendeka..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/tatu-pdrm-wadah-hubungan-polis-dengan-masyarakat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:41 MYT

Kuala Lumpur , 29 April 2011 - Bertemakan 'Melindungi Masyarakat Dan Negara', Polis DiRaja Malaysia (PDRM) sekali mengorak langkah dalam interprestasinya kepada masyarakat dengan penganjuran TATU PDRM 2011 yang bertempat di Stadium Merdeka, hari ini.

Bertepatan dengan konsep 4P yang digagaskan Ketua Polis Negara, juga sebagai menyahut agenda 1 Malaysia, 'Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan', penganjuran program TATU ini merealisasikan pendekatan community policing PDRM kepada rakyat di mana ianya bertujuan merapatkan jalinan hubungan PDRM dengan masyarakat amnya.

Program TATU ini juga antara lain bertujuan untuk merealisasikan pendekatan berteraskan konsep berintegriti, tegas, adil dan berhemah di samping mencerminkan satu gerak saraf oleh PDRM supaya lebih dikenali di mata masyarakat.

Pelbagai persembahan menarik dipertontonkan di mana ianya mempamerkan kemahiran, kecekapan, kesungguhan dan semangat pegawai dan anggota Polis DiRaja Malaysia dalam melaksanakan tugas selain dapat menghiburkan semua penonton yang hadir.

Pelbagai cawangan dan unit dalam PDRM yang melibatkan 1400 anggota akan membuat persembahan tersebut, khususnya aksi istimewa Unit Elit PDRM iaitu Komando 69 dan Unit Tindakan Khas (UTK).

Selain itu, Pertunjukan Akrobatik Bermotosikal, aksi dari Unit K9, JSJ, Unit Berkuda, Kawad Patung, Kawad Tanpa Perintah, Pancaragam, Badan Seni Budaya, Persembahan Lampu Laser dan pelbagai lagi persembahan turut menghangatkan perjalanan program TATU ini.

Mengimbas kembali sejarah pertunjukan TATU, seawal tahun 1940, persembahan TATU pada mulanya dipersembahkan di Depot Polis untuk memperingati peristiwa penting berkaitan sejarah dan perkembangan PDRM.

Persembahan TATU juga dibuat bersempena Hari Kebangsaan, Hari Keputeraan dan Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Raja-Raja Melayu seperti Pahang, Perlis dan Johor. Malah, persembahan TATU juga diadakan bersempena Tahun Melawat Malaysia 1990 dan acara rasmi yang lain seperti Hari Sukan, Hari Polis dan sebagainya.

Tetamu kehormat yang hadir dalam program ini, YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara, YDH Dato' Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH Dato'-Dato' Pengarah PDRM, YDH Ketua-Ketua Polis Negeri, Pegawai-pegawai Kanan dan keluarga serta dif-dif kenamaan.

Tatu Pdrm Wadah Hubungan Polis Dengan Masyarakat
Ketibaan YDH Ketua Polis Negara

Tatu Pdrm Wadah Hubungan Polis Dengan Masyarakat
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama Y.Bhg Dato' Wira Abd Rahman bin Ismail, mantan Timbalan Ketua Polis Negara (1983-1985)

Tatu Pdrm Wadah Hubungan Polis Dengan Masyarakat
Antara tetamu yang hadir malam ini

Tatu Pdrm Wadah Hubungan Polis Dengan Masyarakat
Gimik perasmian oleh YB Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hussein, Menteri Dalam Negeri

Persembahan TATU PDRM

Wartawan   : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto     : Sjn Zaiddin bin Dahalan, L/Kpl Shareel bin Shahriman dan L/Kpl Edwind bin Indo
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 2.30 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM