Lawatan Mesra Mengejut Ydh Timbalan Ketua Polis Negara Ke Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya
Petaling Jaya - 10 Mac 2011
"Ekspektasi
pucuk pimpinan PDRM adalah tinggi terutamanya dalam menghadapi cabaran
masa kini. Tanamkan semangat untuk terus komited dalam melaksanakan
tugas dan sahutlah seruan kerajaan serta kehendak masyarakat yang meletak harapan yang tinggi kepada PDRM untuk keselamatan mereka",
nasihat Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Hussin bin Hj Ismail, kepada
pegawai-pegawai polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah
Petaling Jaya sempena Lawatan Mesra mengejut ke IPD tersebut pada 10 Mac
2011.
Kehadiran
beliau secara mengejut pagi ini merupakan salah satu perancangan beliau
untuk melihat secara lebih dekat prosedur dan cara kerja serta memahami
permasalahan yang timbul di peringkat Kontinjen dan IPD selari dengan
arahan dan kehendak pucuk pimpinan PDRM.
Ketibaan YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail yang diiringi oleh YDH ACP Ramli bin Mohamed Yoosuf, Penolong Pengarah Pengurusan (Perhubungan Awam)
telah disambut oleh YDH ACP Arjunaidi bin Mohamed, Ketua Polis Daerah
Petaling Jaya dan pegawai-pegawai IPD Petaling Jaya dan menganggap
lawatan tersebut merupakan keprihatinan pucuk pimpinan tertinggi PDRM
terhadap pegawai dan anggota yang bertugas di peringkat bawahan.
Semasa sesi taklimat, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya telah mentaklimatkan situasi keselamatan dan kedudukan jenayah semasa di bawah pentadbiran IPD Petaling Jaya.
YDH
Datuk Hussin telah menjelaskan bahawa lawatan beliau ini bertujuan
memantapkan dan memperkasakan lagi pasukan polis dalam memastikan PDRM
sentiasa bekerja selari dengan kehendak pucuk pimpinan PDRM khasnya dan kerajaan amnya.
Menurut beliau, untuk mengembalikan keyakinan masyarakat kepada PDRM, kita hendaklah menangani masalah jenayah secara lebih proaktif dan juga penyampaian perkhidmatan yang lebih baik kepada masyarakat.
"Pegawai
dan anggota polis perlu membuka minda dan memastikan pendekatan bekerja
yang bersesuaian dengan arus perubahan dan kehendak masyarakat masa
kini dan bersama-sama memainkan peranan untuk menurunkan kadar jenayah",
jelas beliau lagi.
YDH
Datuk Hussin juga mengingatkan para pegawai dan anggota polis supaya
menjalinkan hubungan yang rapat dengan orang awam. Beliau juga berharap
semua pegawai akan bersama-sama merancang tindakan alternatif untuk
mencegah jenayah dan keberkesanan sesuatu projek harus diukur dan dikaji
dari semasa ke semasa. Beliau juga berharap Ketua Polis Daerah serta
pegawai dan anggota IPD Petaling Jaya akan meneruskan usaha untuk
mengurangkan lagi kadar jenayah dan juga meningkatkan penyelesaian kes.
Beliau juga menerangkan konsep 4P, iaitu Protective, Performance and Outcome Oriented, Proactive and People Oriented kepada pegawai-pegawai yang hadir. Beliau berharap konsep ini dapat disemai dalam pemikiran semua pegawai polis dan segala aktiviti atau projek yang sedang atau akan dijalankan hendaklah menjurus kepada kehendak pucuk pimpinan seperti mana yang tersirat dalam konsep 4P tersebut.
Beliau juga memaklumkan kepada Ketua Polis Daerah supaya menambah lagi Pegawai Penyiasat, bertujuan untuk menghasilkan mutu kerja yang berkualiti dan melaksanakan proses kerja dengan terperinci bermula dari siasatan hingga ke mahkamah.
"Rangkakan satu latihan dalam perkhidmatan, rangkumkan semua Jabatan Jenayah dari JSJ, JSJN dan JSJK untuk percambahan fikiran bagi meningkatkan kualiti siasatan", ucap YDH Timbalan Ketua Polis Negara.
"Tunjukkan kepada masyarakat yang kita ini bekerja dalam satu pasukan, 'working as a team', mempunyai perasaan dan sikap yang betul, tidak mementingkan diri sendiri, dan bertugaslah dengan keikhlasan", ucap YDH Datuk Hussin.
"Kalau kita tak pandai, carilah kepandaian, kalau tak bersih, bersihlah dan kalau tak gembira, carilah apa yang boleh menggembirakan kita", akhiri ucapan penuh bermakna oleh YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara.
Dikesempatan lawatan ini juga, YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail telah melawat persekitaran balai, pejabat-pejabat serta kaunter trafik, stor barang kes, rumah kediaman anggota dan mendengar permasalahan yang dikemukakan kepada beliau.

Kaunter Trafik IPD Petaling Jaya...orang ramai berpusu-pusu untuk membayar saman yang akan berakhir pukul 10 malam ini.

YDH Datuk Hussin bin Haji Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara melawat pejabat Pegawai Penyiasat Trafik
Melawat Pejabat Pertanyaan...
Meninjau persekitaran kaunter di Pejabat Pertanyaan

Keprihatinan Datuk Hussin, beliau meminta Cawangan Trafik menambah lagi 2 kaunter untuk memudahkan orang ramai membuat pembayaran sehingga jam 10.00 malam ini.

Dalam perjalanan untuk meninjau pejabat-pejabat
Melawat Stor Barang Kes...
YDH Datuk Hussin semasa melawat kediaman anggota...

Perumahan anggota ini perlu pembaikan segera...

Sistem kumbahan yang perlu diselenggarakan segera...
Gambar-gambar semasa taklimat di Bilik Gerakan IPD Petaling Jaya







Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Konst. Raymond Martin
Penyunting : C/Insp. Norsuzila bt Kamaruldin