Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Sesi Percambahan Minda Ketua Polis Negara Bersama Mantan Pengurusan Tertinggi Polis Diraja Malaysia

Diterbitkan: 11 Jun 2014 12.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Beliau menekankan halatuju PDRM dalam memantapkan keyakinan rakyat, pembudayaan budaya kreatif dan inovatif dalam melahirkan modal insan yang berintegriti selaras dengan strategi perangkaan yang prakt..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/sesi-percambahan-minda-ketua-polis-negara-bersama-mantan-pengurusan-tertinggi-polis-diraja-malaysia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:56 MYT

Bukit Aman, 10 Mac 2011 - "Polis DiRaja Malaysia (PDRM) akan terus memberikan perkhidmatan terbaik kepada seluruh rakyat dan mensasarkan pelan 5 tahunnya yang berteraskan inovatif dan kreatif, kolaborasi dan integriti, keutamaan kepada kajian dan penyelidikan bagi menghasilkan pembaharuan dan penambahbaikan berterusan bagi memberi nilai tambah juga nilai teras seperti integriti, professional dan satu pasukan," ujar YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara.

Berucap semasa Sesi Percambahan Minda Ketua Polis Negara Bersama Mantan Pengurusan Tertinggi PDRM di Menara 1, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, beliau menekankan halatuju PDRM dalam memantapkan keyakinan rakyat, pembudayaan budaya kreatif dan inovatif dalam melahirkan modal insan yang berintegriti selaras dengan strategi perangkaan yang praktikal.

Program sesi dialog ini turut dihadiri Mantan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Tun Mohammed Hanif bin Omar dan Y.Bhg Tan Sri Mohd. Bakri bin Hj. Omar dan mantan Pengarah-Pengarah PDRM.

Dalam sesi dialog ini juga, Y.Bhg Tun Mohamed Hanif turut melahirkan sokongannya terhadap kepimpinan YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar dalam meneruskan legasi jawatan Ketua Polis Negara yang pernah disandangnya pada tahun 1974 hingga tahun 1994.

Beliau bersama individu-individu yang pernah berkhidmat untuk PDRM sedia berkongsi kepakaran, pengalaman dan buah fikiran dalam membantu Ketua Polis Negara menerajui PDRM dan memastikan keselamatan rakyat serta negara terus terpelihara.

Sesi Percambahan Minda Ketua Polis Negara Bersama Mantan Pengurusan Tertinggi Polis Diraja Malaysia
Sesi Percambahan Minda Bersama Ketua Polis Negara di Bilik Mesyuarat, Tingkat 31, Menara 1, Bukit Aman.

Sesi Percambahan Minda Ketua Polis Negara Bersama Mantan Pengurusan Tertinggi Polis Diraja Malaysia
Hadirin yang terdiri daripada mantan dan YDH Pengarah-Pengarah PDRM serta Pegawai-pegawai Kanan PDRM,tekun mendengar penerangan Ketua Polis Negara.

Sesi Percambahan Minda Ketua Polis Negara Bersama Mantan Pengurusan Tertinggi Polis Diraja Malaysia
Mantan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Tan Sri Mohd. Bakri Hj. Omar (kiri sekali) dan bekas-bekas Pengarah PDRM.
 
Sesi Percambahan Minda Ketua Polis Negara Bersama Mantan Pengurusan Tertinggi Polis Diraja Malaysia
Hadirin tekun mencatit isi-isi untuk diutarakan pada sesi percambahan minda tersebut.

Sesi Percambahan Minda Ketua Polis Negara Bersama Mantan Pengurusan Tertinggi Polis Diraja Malaysia
Mantan Ketua Polis Negara ke-4, Y.Bhg Tun Mohammed Hanif Bin Omar.

Sesi Percambahan Minda Ketua Polis Negara Bersama Mantan Pengurusan Tertinggi Polis Diraja Malaysia
Antara sesi dialog bersama Ketua Polis Negara..


Wartawan   : Konst Irfan bin Bujang
Jurufoto    :  L/kpl Khaidzir bin Mahmad
Penyunting : Sjn Zaiddin bin Dahalan
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 12.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM