Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur

Published: 11 Jun 2014 6.39 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada tahun ini kita cuba memberi pelajaran/nasihat kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhemah atau lebih sesuai 'memandu dengan bijaksana'. Saya berharap kempen-kempen yang dijalankan oleh OPS S..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-pengarah-kdn-ka-ke-atas-petugas-trafik-kuala-lumpur
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 10:39 MYT

Kuala Lumpur - 27 Ogos 2011

YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) petang ini menunjukkan keperihatinan beliau setelah memegang tampuk pimpinan Jabatan KDN/KA. Beliau menghargai pengorbanan anggota-anggota Trafik yang bertungkus lumus mengawal lalu lintas pada waktu Bulan Ramadhan bagi memastikan orang ramai dapat membuat persiapan sambutan hari raya. Turut hadir di dalam lawatan ini adalah YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik Pasukan, YDH ACP Rusli bin Mohd Nor, Ketua Trafik Kuala Lumpur, Pegawai-pegawai Kanan Polis, anggota-anggota trafik serta wakil-wakil media.

YDH Pengarah Jabatan KDN/KA bersama YDH Ketua Trafik Pasukan dan beberapa pegawai serta anggota trafik telah membuat tinjauan di beberapa lokasi dan laluan yang sesak di sekitar Ibukota. Setelah selesai, YDH Pengarah Jabatan KDN/KA tiba di Lapangan, Jalan Esfahan, Kuala Lumpur.

Sementara menunggu waktu berbuka puasa, YDH Pengarah Jabatan KDN/KA beramah-mesra dengan orang ramai yang berada di sekitar Jalan Esfahan, Bangunan Sogo, dan Jalan T.A, Rahman, Kuala Lumpur. Beliau telah menyampaikan risalah keselamatan, nasihat serta ucapan selamat kepada para penggunjung yang sibuk membeli-belah membuat persiapan sambutan hari raya.

"Kehadiran saya pada petang ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi anggota-anggota saya yang bertugas tanpa mengira waktu dan keadaan. Saya turut berpeluang berbuka puasa bersama-sama dengan anggota-anggota saya. Di samping itu juga, saya juga ingin bertemu dengan orang ramai untuk menunjukkan kehadiran anggota Trafik bukan sahaja bertanggungjawab dengan lalu lintas bahkan bertanggungjawab ke atas keselamatan, secara amnya", ujar YDH Pengarah Jabatan KDN/KA di dalam sidang media ringkas, petang ini.

Ditanya komen beliau mengenai perkembangan OPS Sikap, YDH Pengarah Jabatan KDN/KA berkata "Harus kita ingat angka pertambahan kenderaan di Malaysia mencapai 1 juta dalam setahun. Kita mengharapkan, sehingga penghujung OPS Sikap ini akan menunjukkan penurunan angka kemalangan. Pada tahun ini kita cuba memberi pelajaran/nasihat kepada pengguna jalan raya supaya lebih berhemah atau lebih sesuai "memandu dengan bijaksana". Saya berharap kempen-kempen yang dijalankan dalam OPS Sikap akan difahami dan dihayati oleh orang ramai", YDH Pengarah Jabatan KDN/KA mengakhiri sidang media ringkas petang ini.

Seterusnya, beliau telah pergi ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk jamuan ringkas berbuka puasa bersama anggota-anggota Trafik yang bertugas di balai, seperti anggota Pejabat Pertanyaan, Pegawai dan Penolong Pegawai Penyiasat, Pengatur Tugas, Logistik (Transport, Persenjataan, Komunikasi), Unit Gerak, Pondok Kawalan, dan lain-lain, kerana jasa serta pengorbanan mereka turut dihargai bersama.

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur
Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA di Jalan Esfahan setelah selesai membuat tinjauan laluan sekitar Ibukota

Beramah Mesra Bersama Orang Ramai Sambil Memberikan Juadah Berbuka Puasa

Memberikan Beg Juadah Berbuka Puasa Kepada Anggota Trafik Kuala Lumpur
Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur
Berbuka puasa bersama anggota trafik

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur
YDH Pengarah Jabatan KDN/KA melihat statistik OPS Sikap 2011

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur

Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur
Makan malam di Dataran Balai Polis Trafik, Jalan Bandar

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Asp Foo Chek Seng

ArticlePublished 11 Jun 2014 6.39 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM