Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Pengarah Kdn Ka Ke Pejabat Pejabat Plus Plaza Tol Tapah

Diterbitkan: 11 Jun 2014 6.40 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
YDH Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, PDRM telah melawat Pejabat PLUS, Plaza Tol, Tapah untuk beramah mesra dan berbuka puasa dengan petugas Emergency Response Team (ERT)...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-pengarah-kdn-ka-ke-pejabat-pejabat-plus-plaza-tol-tapah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:23 MYT

28 Ogos - YDH Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA, PDRM telah melawat Pejabat PLUS, Plaza Tol, Tapah untuk beramah mesra dan berbuka puasa dengan petugas Emergency Response Team (ERT) yang terdiri dari Polis Trafik, Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, PLUS Ronda dan St John Ambulans. Beliau yang menaiki helikopter Unit Udara Polis petang tadi, sempat meninjau keadaan lalu lintas di kawasan sekitar Zon Tengah, dari KL ke Tapah.


Pada kesempatan yang sama, YDH Dato' Salleh bin Mat Rasid turut menyampaikan sumbangan raya dan ucapan penghargaan serta terima kasih di atas kerjasama yang diberikan oleh pasukan ERT yang sama-sama berusaha menjayakan Ops Sikap bagi memastikan keselamatan pengguna jalan raya terjamin, selamat tiba di destinasi untuk berhari raya di kampung halaman.


Kajian telah menunjukkan bahawa lebih kurang 30% mangsa kemalangan telah meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital. Oleh yang demikian, Pasukan ERT memainkan peranan yang amat penting dalam Ops Sikap kerana penempatan anggota ERT di lokasi-lokasi strategik dapat membantu mangsa kemalangan jalan raya dengan pantas lagi berkesan. Secara tidak langsung, jumlah mangsa kemalangan jalan raya yang dapat diselamatkan akan bertambah.


Dengan adanya usaha sama dan integrasi semua pihak, adalah diharap Ops Sikap ke-24, Tahun 2011 ini akan mencapai kejayaan yang lebih baik, dengan catatan angka kemalangan jalan raya yang berkurangan walaupun peningkatan kenderaan atas jalan raya.  Ini bererti bahawa lebih ramai nyawa dapat diselamatkan dan perayaan Aidil Fitri boleh disambut dengan meriah serta lebih bermakna, bersama keluarga tersayang.


Lawatan Pengarah Kdn Ka Ke Pejabat Pejabat Plus Plaza Tol Tapah
Lawatan Pengarah Kdn Ka Ke Pejabat Pejabat Plus Plaza Tol Tapah
Lawatan Pengarah Kdn Ka Ke Pejabat Pejabat Plus Plaza Tol TapahLawatan Pengarah Kdn Ka Ke Pejabat Pejabat Plus Plaza Tol Tapah
Lawatan Pengarah Kdn Ka Ke Pejabat Pejabat Plus Plaza Tol Tapah
Lawatan Pengarah Kdn Ka Ke Pejabat Pejabat Plus Plaza Tol Tapah
Lawatan Pengarah Kdn Ka Ke Pejabat Pejabat Plus Plaza Tol Tapah
Lawatan Pengarah Kdn Ka Ke Pejabat Pejabat Plus Plaza Tol Tapah
Lawatan Pengarah Kdn Ka Ke Pejabat Pejabat Plus Plaza Tol Tapah

Jurufoto  : BERNAMA
Wartawan : ASP Foo

ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 6.40 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM