Lawatan Kerja Pengarah Kdn Ka Ke Atas Petugas Trafik Kuala Lumpur
Kuala Lumpur - 27 Ogos 2011
YDH
CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam
Negeri dan Ketenteraman Awam (KDN/KA) petang ini menunjukkan
keperihatinan beliau setelah memegang tampuk pimpinan Jabatan KDN/KA.
Beliau menghargai pengorbanan anggota-anggota Trafik yang bertungkus
lumus mengawal lalu lintas pada waktu Bulan Ramadhan bagi memastikan
orang ramai dapat membuat persiapan sambutan hari raya. Turut hadir di
dalam lawatan ini adalah YDH SAC Dato' Abd Aziz bin Yusof, Ketua Trafik
Pasukan, YDH ACP Rusli bin Mohd Nor, Ketua
Trafik Kuala Lumpur, Pegawai-pegawai Kanan Polis, anggota-anggota
trafik serta wakil-wakil media.
YDH
Pengarah Jabatan KDN/KA bersama YDH Ketua Trafik Pasukan dan
beberapa pegawai serta anggota trafik telah membuat tinjauan di beberapa
lokasi dan laluan yang sesak di sekitar Ibukota. Setelah selesai, YDH
Pengarah Jabatan KDN/KA tiba di Lapangan, Jalan Esfahan, Kuala Lumpur.
Sementara
menunggu waktu berbuka puasa, YDH Pengarah Jabatan KDN/KA beramah-mesra
dengan orang ramai yang berada di sekitar Jalan Esfahan, Bangunan Sogo,
dan Jalan T.A, Rahman, Kuala Lumpur. Beliau telah menyampaikan risalah
keselamatan, nasihat serta ucapan selamat kepada para penggunjung yang
sibuk membeli-belah membuat persiapan sambutan hari raya.
"Kehadiran
saya pada petang ini adalah untuk melihat dengan lebih dekat lagi
anggota-anggota saya yang bertugas tanpa mengira waktu dan keadaan. Saya
turut berpeluang berbuka puasa bersama-sama dengan anggota-anggota
saya. Di samping itu juga, saya juga ingin bertemu dengan orang ramai
untuk menunjukkan kehadiran anggota Trafik bukan sahaja bertanggungjawab
dengan lalu lintas bahkan bertanggungjawab ke atas keselamatan, secara
amnya", ujar YDH Pengarah Jabatan KDN/KA di dalam sidang media ringkas,
petang ini.
Ditanya
komen beliau mengenai perkembangan OPS Sikap, YDH Pengarah Jabatan
KDN/KA berkata "Harus kita ingat angka pertambahan kenderaan di Malaysia
mencapai 1 juta dalam setahun. Kita mengharapkan, sehingga penghujung
OPS Sikap ini akan menunjukkan penurunan angka kemalangan. Pada tahun
ini kita cuba memberi pelajaran/nasihat kepada pengguna jalan raya
supaya lebih berhemah atau lebih sesuai "memandu dengan bijaksana". Saya
berharap kempen-kempen yang dijalankan dalam OPS Sikap akan difahami
dan dihayati oleh orang ramai", YDH Pengarah Jabatan KDN/KA mengakhiri
sidang media ringkas petang ini.
Seterusnya,
beliau telah pergi ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur untuk jamuan
ringkas berbuka puasa bersama anggota-anggota Trafik yang bertugas di
balai, seperti anggota Pejabat Pertanyaan, Pegawai dan Penolong Pegawai
Penyiasat, Pengatur Tugas, Logistik (Transport, Persenjataan,
Komunikasi), Unit Gerak, Pondok Kawalan, dan lain-lain, kerana jasa
serta pengorbanan mereka turut dihargai bersama.

Ketibaan YDH Pengarah Jabatan KDN/KA di Jalan Esfahan setelah selesai membuat tinjauan laluan sekitar Ibukota
Beramah Mesra Bersama Orang Ramai Sambil Memberikan Juadah Berbuka Puasa










Memberikan Beg Juadah Berbuka Puasa Kepada Anggota Trafik Kuala Lumpur









Berbuka puasa bersama anggota trafik

YDH Pengarah Jabatan KDN/KA melihat statistik OPS Sikap 2011



Makan malam di Dataran Balai Polis Trafik, Jalan Bandar
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo
Penyunting : Asp Foo Chek Seng