Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Kerja Komandan Maktab Teknik Pdrm Ke Bidong Kedah

Diterbitkan: 10 Jun 2014 12.48 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Semasa Lawatan Kerja itu juga, YDH Komandan Maktab Teknik PDRM telah menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Konst. 161529 Mohd. Faizal bin Ahmad yang telah meninggal dunia..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kerja-komandan-maktab-teknik-pdrm-ke-bidong-kedah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:36 MYT

Bidong, Kedah- 31 Julai 2009. YDH SAC II Dato' Zakaria bin Yusof, Komandan Maktab Teknik PDRM (MTPDRM)telah mengadakan Lawatan Kerja ke Bidong, Kedah yang bermula dari 29 Julai hingga 31 Julai 2009

Semasa lawatan erja itu juga, YDH Komandan Maktab Teknik PDRM telah menyampaikan sumbangan kepada balu Allahyarham Konst. 161529 Mohd. Faizal bin Ahmad yang telah meninggal dunia semasa menghadiri kursus memandu di Maktab Teknik PDRM pada 11 Julai 2009.

Majlis Tahlil dan juga sumbangan cek telah di adakan di rumah bapa mertua Allahyarham di No. 123, Lorong 5, Taman Sg. Lalang 2, Bidong Kedah. Warga Maktab Teknik PDRM dan juga dari Ibu Pejabat Polis Kuala Muda serta penduduk-penduduk kampung telah bersama-sama mengembeling tenaga, bagi menyempurnakanmajlis tersebut.

Allahyarham Mohd Faizal bertugas di Batalion 7, Pasukan Gerakan Am, Kuantan Pahang. Allahyarham telah menghadiri Kursus Memandu kelas D yang bermula 18 Jun dan berakhir 17 Julai 2009. Semasa minggu kedua, Allahyarham bersama-sama peserta lain telah menghadiri kursus memandu jarak jauh dan pada minggu ketiga, Allahyarham telah dijangkiti demam denggi pada 9 Julai 2007. Satelah dua hari menjalani rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan, Allahyarham telah meninggal dunia pada 11 Julai 2009. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Puan Norzuhayrah Mohd Shariff yang sedang mengandung anak tunggal berusia 5 bulan.

Warga Polis Diraja Malaysia sentiasa mengambil berat terhadap anggotanya serta ahli kelurga yang ditimpa masalah dan memerlukan bantuan. Dengan adanya sumbangan dan bantuan ini sekurang-kurangnya dapat jua meringankan sedikit beban yang dihadapi oleh keluarga mangsa.

Di majlis itu juga, penyampaian sumbangan telah di terima daripada Surau MTPDRM, Kelab MTPDRM dan juga sumbangan kilat oleh warga Polis Diraja Malaysia. Pihak pentadbiran Batalion 7 PGA juga sedang berusaha menguruskan Insuran Koperasi PDRM, pencen terbitan yang akan diserahkan kepada balu Allahyarham dan juga sumbangan kerajaan 'Ex-Gratia'.

Lawatan Kerja Komandan Maktab Teknik Pdrm Ke Bidong Kedah
Peserta-peserta Kursus Motosikal yang sedang menjalani latihan di Perlis turut hadir di majlis tahlil

Lawatan Kerja Komandan Maktab Teknik Pdrm Ke Bidong Kedah
Majlis Tahlil di rumah bapa mertua Allahyarham Konst 161529 Mohd Faizal Ahmad

Lawatan Kerja Komandan Maktab Teknik Pdrm Ke Bidong Kedah
Ucapan oleh YDH SAC II Dato' Zakaria bin Yusof, Komandan Maktab Teknik PDRM

Lawatan Kerja Komandan Maktab Teknik Pdrm Ke Bidong Kedah
Sumbangan dari warga Batalion 7 PGA

Lawatan Kerja Komandan Maktab Teknik Pdrm Ke Bidong Kedah
YDH SAC II Dato' Zakaria Yusof menyampaikan sumbangan warga Maktab Teknik PDRM kepada Puan Norzuhayrah Mohd Shariff, balu Konst 161529 Mohd Faizal bin Ahmad

Lawatan Kerja Komandan Maktab Teknik Pdrm Ke Bidong Kedah
YDH Komandan Maktab Teknik PDRM menyampaikan cenderahati kepada Supt. Ong Aik Chang, Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Muda.

Lawatan Kerja Komandan Maktab Teknik Pdrm Ke Bidong Kedah
Warga PDRM dan penduduk kampung menikmati jamuan petang

ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 12.48 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM