Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Program Community Policing Paya Jaras

Diterbitkan: 10 Jun 2014 12.49 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Petaling Jaya - 8 Ogos 2009. Program 'Community Policing' Bersama Penduduk Paya Jaras Hilir, Sg. Pelong telah disempurnakan oleh YDH ACP Arjunaidi bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di Pada..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/program-community-policing-paya-jaras
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:42 MYT

Petaling Jaya- 8 Ogos 2009. Program 'Community Policing' Bersama Penduduk Paya Jaras Hilir, Sg. Pelong telah disempurnakan oleh YDH ACP Arjunaidi bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya di Padang Awam Paya Jaras Hilir.

Hadir sama dimajlis ini ialah Supt. Abd Razak bin Elias, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Ketua-Ketua Kampung Paya Jaras, Dif-dif Jemputan, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta masyarakat setempat.

Pendekatan Polis Diraja Malaysia dalam 'Kepolisan Masyarakat' semasa program ini ialah dengan menggabungkan agensi-agensi kerajaan yang lain untuk bersama-sama bersatu tenaga menjayakan beberapa acara yang telah diaturkan. Agensi-agensi yang terlibat ialah :-


1. Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR)
2. Bank Muamalat
3. Majlis bandaraja Petaling Jaya (MBPJ)
4. Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia
5. Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN)
6. Jabatan Belia dan Sukan Negara
7. Jabatan Penjara Malaysia
8. Jabatan Tenaga dan Sumber Manusia
9. Pejabat Pelajaran Daerah Petaling
10. Jabatan Imigresen Malaysia
11. Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA)

Antara aktiviti-aktiviti yang diadakan ialah senaman seni, sukaneka untuk kanak-kanak, pertandingan tarik tali, pertunjukkan kawat kaki oleh Kadet Polis dan Persatuan Bulan Sabit Merah Sekolah Menengah Paya Jaras, pertunjukkan Unit Berkuda, T- Baton dan Unit K9 PDRM, pertunjukkan kebudayaan dan seni mempertahankan diri serta mengadakan gerai-gerai pameran oleh PDRM dan lain-lain agensi kerajaan. Di samping itu, JKJR telah menyumbangkan topi keledar sebanyak 100 biji kepada penunggang – penunggang motosikal di kawasan tersebut.

Program Community Policing Paya Jaras
YDH ACP Arjunaidi bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya menyampaikan cenderahati kepada salah seorang ketua kampung kawasan Paya Jaras.

Program Community Policing Paya Jaras
Aktiviti Senaman Seni turut disertai olehKetua Polis Daerah Petaling Jaya, Timbalan Ketua Polis Daerah, Ketua-Ketua Kampung, dan orang ramai yang hadir.

Program Community Policing Paya Jaras
YDH ACP Arjunaidi bin Mohamad, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya memakaikan topi keledar kepada seorang penunggang motosikal.

Program Community Policing Paya Jaras
Supt. Abd Razak bin Elias, Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya turut serta memakaikan topi keledar kepada penunggang motosikal.

Program Community Policing Paya Jaras
Pertunjukkan Seni Beladiri Silambam turut diadakan...

Program Community Policing Paya Jaras
Seni Beladiri Wushu juga turut dipertontonkan...

Program Community Policing Paya Jaras
Kenderaan-kenderaan PDRM tidak ketinggalan untuk dipamerkan...

Program Community Policing Paya Jaras
Gerai Pameran Cegah Jenayah antara gerai pemeran yang ada.
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 12.49 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM