Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman

Diterbitkan: 11 Jun 2014 1.00 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Seramai 40 orang kariah dari Masjid Bukit Antarabangsa Hulu Klang, Selangor telah diundang oleh YDH Ketua Polis Negara pagi ini ke Masjid Bukit Aman..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-kariah-masjid-bukit-antarabangsa-ke-masjid-bukit-aman
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:50 MYT
Bukit Aman - 11 Mac 2011

Seramai 40 orang kariah Masjid Bukit Antarabangsa, Hulu Klang, Selangor telah diundang oleh YDH Ketua Polis Negara ke Masjid Bukit Aman pada pagi ini. Undangan ini sebagai memenuhi lawatan balas  YDH Ketua Polis Negara dan rombongan  PDRM pada 22 Oktober 2010, sewaktu program Kepimpinan PDRM dan masyarakat bersama mengimarahkan masjid.

Dalam program lawatan ini, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid dan rombongan telah  dibawa melawat Muzium PDRM  sebelum ke Masjid Bukit Aman.

Seterusnya rombongan telah dibawa ke Menara 1, Bukit Aman dan disambut oleh Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Aman. Aturcara seterusnya, rombongan dibawa ke Dewan Theatrette, Menara 1 Bukit Aman untuk menyaksikan video korporat 'Organisasi Polis Diraja Malaysia'. Sementara itu, Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Antarabangsa telah mengadakan kunjungan hormat ke atas YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara di pejabat Ketua Polis Negara.

"Saya amat berbangga dan mengucapkan jutaan terima kasih di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan dapat hadir  dalam program lawatan ke Bukit Aman. Saya berharap dengan kerjasama dan program yang dijalankan , Insya-Allah akan dapat menolong untuk memperkasakan lagi identiti diri setiap warga PDRM agar menjadi pemimpin dan contoh baik kepada masyarakat"  ucapan YDH Ketua Polis Negara.

"Jika masyarakat kita kukuh, kuat dan bersatu melalui program-program kemasyarakatan yang di adakan di masjid, inilah kekuatan yang menjadi benteng kita untuk menakutkan penjenayah", akhiri ucapan oleh YDH Ketua Polis Negara.

Para peserta rombongan seterusnya dibawa ke Masjid Bukit Aman untuk menunaikan Solat Jumaat. Tazkirah  disampaikan oleh Imam Masjid Bukit Antarabangsa. Setelah selesai menunaikan Solat Jumaat, rombongan Masjid Bukit Antarabangsa bersama YDH Ketua Polis Negara, YDH Timbalan Ketua Polis Negara, Setiausaha Polis Malaysia  dan Pegawai-pegawai Kanan ke Dewan Serbaguna untuk jamuan makan tengahari.

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Taklimat ringkas oleh Sjn Md. Hanifah bin Mohamed Ali di Muzium PDRM

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Sejarah koleksi pakaian awal penubuhan pasukan polis Malaya sebelum merdeka

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Menarik perhatian..Peluru meriam yang pernah digunakan oleh tentera Portugis

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Senjata lama...Hasil rampasan semasa zaman darurat

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Senarai tokoh sukan PDRM yang dulu telah mengharumkan nama Malaysia

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Y.Bhg. Hj Zulkifli bin Ahmad, Pengerusi Masjid Bukit Antarabangsa menandatangani Buku Pelawat Muzium PDRM

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Pengerusi dan Ahli Jawatankuasa Masjid Bukit Antarabangsa mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat YDH Ketua Polis Negara

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Menonton video korporat ' Organisasi Polis Diraja Malaysia' di Dewan Theatrette, Menara 1

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Ucapan oleh YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Turut hadir... YDH Datuk Hussin Bin Hj. Ismail, Timbalan Ketua Polis Negara

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
YDH DCP Dato, Zamri bin Yahya, Pengerusi Masjid Bukit Aman bersama tetamu rombongan

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Y.Bhg Pengerusi Masjid Bukit Antarabangsa memberikan ucapan balas

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
YDH Ketua Polis Negara menerima cenderahati daripada Y.Bhg. Hj Zulkifli Ahmad, Pengerusi Masjid Bukit Antarabangsa

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Y.Bhg. Hj Zulkifli Ahmad menerima cenderahati daripada YDH Ketua Polis Negara berupa senaskah Surah Yassin dan payung PDRM

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Cenderahati kepada kariah Masjid Bukit Antarabangsa

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama tetamu..

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Untuk kenang kenangan....

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
Bergambar kenangan di Masjid Bukit Aman

Lawatan Kariah Masjid Bukit Antarabangsa Ke Masjid Bukit Aman
YDH Ketua Polis Negara dan YDH Timbalan Ketua Polis Negara menghantar rombongan pulang menaiki bas


Wartawan   : L/Kpl Edwind bin Indo
Jurufoto     : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Penyunting : C/Insp Norsuzila binti Kamaruldin
ArtikelDiterbitkan 11 Jun 2014 1.00 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM