Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lawatan Hospital Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun

Diterbitkan: 09 Jun 2014 6.11 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.48 PM
Lawatan tersebut telah diketuai oleh YDH DIG Dato' Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Datin Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lawatan-hospital-sempena-sambutan-peringatan-hari-polis-ke-201-tahun
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 06:25 MYT

Cheras - 16 April 2008. Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun, delegasi Polis Diraja Malaysia telah mengadakan lawatan ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM).

Lawatan tersebut telah diketuai oleh YDH DIG Dato' Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan Y.Bhg. Datin Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia. Hadir sama ialah YDH Pengarah-Pengarah PDRM dan isteri, Timbalan-Timbalan Pengarah, Pegawai-pegawai Kanan PDRM serta ahli-ahli PERKEP.

Delegasi PPUKM pula telah diketuai oleh Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Lokman bin Saim, Dekan dan Pengarah PPUKM dan Pegawai-pegawai Pengurusan Tertinggi UKM dan PPUKM.

Setiap tahun Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis, atur cara lawatan rasmi ke hospital-hospital oleh pucuk pimpinan PDRM dan PERKEP di adakan di peringkat Bukit Aman, Kontinjen, Daerah dan Formasi-formasi PDRM. Lawatan seperti ini juga tidaklah hanya di adakan semata-mata semasa Sambutan Hari Polis, tetapi merupakan amalan kebajikan yang dilaksanakan sepanjang tahun, untuk membuktikan keprihatinan pasukan menjaga kebajikan setiap pegawai dan anggota , kakitangan serta ahli keluarga PDRM.

Dalam ucapan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara, beliau berharap semua pegawai dan anggota yang berusia 40 tahun ke atas membuat pemeriksaan berkala yang disediakan percuma oleh kerajaan Malaysia  di hospital-hospital kerajaan. Amalkan budaya hidup sihat dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti sukan atau riadah untuk menjamin ketahanan fizikal dan kesihatan yang baik. Jika diamalkan, warga PDRM akan lebih bertenaga, sihat dan mampu memberi perkhidmatan yang lebih cemerlang. Dengan slogan 'Anggota Sihat, Pasukan Kuat', adalah menjadi harapan PDRM dalam usaha mewujudkan sebuah pasukan polis yang sihat, bertenaga, dinamik, kental dan tabah menghadapi tugas yang semakin mencabar, selari dengan tema 'Tegas, Adil dan Berhemah'

Lawatan Hospital Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
YDH DIG Dato' Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara menyampaikan 2 buah kerusi roda sumbangan PDRM kepada Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Lokman bin Saim, Dekan dan Pengarah PPUKM
Lawatan Hospital Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
YDH DIG Dato' Ismail bin Hj. Omar, Timbalan Ketua Polis Negara dan delegasi PDRM mengadakan lawatan ke wad-wad di PPUKM
Lawatan Hospital Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
Y.Bhg. Datin Suriati binti Md. Sobri, Naib Pengerusi PERKEP Malaysia menyampaikan sumbangan daripada PERKEP Malaysia kepada Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Lokman bin Saim, Dekan dan Pengarah PPUKM
Lawatan Hospital Sempena Sambutan Peringatan Hari Polis Ke 201 Tahun
Mengadakan lawatan ke Pusat Thalasemia dan Unit Rawatan Pediatrik

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 6.11 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.48 PM