Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lapan Warga Columbia Ditahan Bongkar Sindiket Pecah Rumah

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Shah Alam, 4 April – Lapan lelaki warganegara Colombia ditahan Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dalam dua tangkapan berasingan di Seksyen U1 Shah Alam..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lapan-warga-columbia-ditahan-bongkar-sindiket-pecah-rumah
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 07:14 MYT

Shah Alam, 4 April – Lapan lelaki warganegara Colombia ditahan Sepasukan polis dari Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor dalam dua tangkapan berasingan di Seksyen U1 Shah Alam dan Damansara Perdana, Petaling Jaya dipercayai terlibat dalam beberapa kes jenayah pecah rumah di sekitar Shah Alam, Petaling Jaya, Serdang dan Subang Jaya minggu lalu.

Dalam kejadian yang berlaku, pihak polis telah mengekori sebuah kenderaan yang menggunakan nombor pendaftaran berbeza di bahagian hadapan dan belakang kenderaan yang dinaiki.

Namun ketiga-tiga suspek yang berasal dari Colombia berjaya ditahan dan hasil pemeriksaan terhadap kenderaan tersebut telah menjumpai pelbagai peralatan pecah rumah yang diletakkan dalam bonet kereta tersebut.

Timbalan Ketua Polis Selangor, DCP Dato' Abd. Rahim Jaafar berkata pihaknya telah merampas ke semua peralatan yang dijumpai termasuk kereta jenis Toyota Camry.

"Modus operandi yang digunakan sindiket ini adalah dengan menggunakan kereta mewah dan menjalankan kegiatan sekitar waktu bekerja dan pada waktu malam".

"Ekoran daripada tertangkapnya ketiga-tiga suspek, pihak polis telah menjalankan serbuan ke atas sebuah kondominium Damansara Perdana, Petaling Jaya dan telah berjaya menahan lima lagi lelaki warganegara Colombia yang juga dipercayai terlibat dalam sindiket jenayah pecah rumah malah menjumpai pelbagai barangan berharga yang dipercayai hasil kegiatan pecah rumah dan pelbagai peralatan".

"Dengan tertangkapnya lapan suspek ini pihak polis dapat menyelesaikan 11 kes pecah rumah yang melibatkan warga Amerika Latin," katanya lagi.

Ke semua suspek ditahan dan disiasat di bawah Seksyen Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Lapan Warga Columbia Ditahan Bongkar Sindiket Pecah Rumah
Lapan Warga Columbia Ditahan Bongkar Sindiket Pecah Rumah
Lapan Warga Columbia Ditahan Bongkar Sindiket Pecah Rumah
Lapan Warga Columbia Ditahan Bongkar Sindiket Pecah Rumah
Lapan Warga Columbia Ditahan Bongkar Sindiket Pecah Rumah
Lapan Warga Columbia Ditahan Bongkar Sindiket Pecah Rumah

Sumber : Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM