Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pengedar Dadah Hulur Rm10 470

Diterbitkan: 19 Jun 2014 3.32 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Cheras, 4 April - Seorang lelaki yang diberkas selepas disyaki mengedar dadah cuba menyogok pegawai polis RM10,470 dalam kejadian di Taman OUG, di sini, kelmarin...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pengedar-dadah-hulur-rm10-470
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 10:35 MYT

Cheras, 4 April - Seorang lelaki yang diberkas selepas disyaki mengedar dadah cuba menyogok pegawai polis RM10,470 dalam kejadian di Taman OUG, di sini, kelmarin.

Sebelum diberkas, bertindak atas maklumat awam, sepasukan anggota polis diketuai Asisten Superintendan Nik Ezanee Mohd Faisal mengesan sebuah kenderaan jenis Toyota Wish dipandu lelaki terbabit di sebuah pangsapuri di Bandar Tasik Selatan.

Ketika dihampiri, suspek terus memecut kenderaannya dan cuba merempuh anggota polis walaupun sudah diberi amaran supaya memberhentikan kenderaan itu.

Anggota berkenaan berjaya mengelak lalu melepaskan tembakan ke arah tayar kanan depan kenderaan itu, namun suspek terus memecut sebelum satu lagi tembakan dilepaskan ke arah tayar kiri belakang menyebabkan suspek terus memecut dan melanggar palang pos kawalan.

Polis kemudian mengejar kenderaan itu sebelum berjaya menahan suspek di kawasan lampu isyarat Awan Besar, Taman OUG, kira-kira 10 kilometer dari lokasi kejadian.

Ketika diperiksa, polis menemui lima peket plastik lut sinar dipercayai mengandungi dadah jenis syabu, wang tunai RM10,470, dua telefon bimbit, alat penimbang, plastik pembungkus kecil serta sebuah iPad.

Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Mohan Singh berkata, semakan terhadap kereta dinaiki suspek mendapati ia kenderaan curi yang dilaporkan hilang di Kajang.

Beliau berkata, ketika disoal siasat, suspek terus menawarkan wang tunai berkenaan kepada anggota terbabit dalam usaha melepaskan dirinya yang disiasat kerana memiliki dadah dan cubaan membunuh.

"
Suspek adalah lelaki tempatan berusia 35 tahun dan memiliki rekod jenayah lampau membabitkan kes dadah.

Polis percaya suspek seorang pengedar berdasarkan peralatan yang ditemui.

"
Hasil ujian air kencing dijalankan terhadapnya mendapati dia positif dadah," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras, semalam.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 39A Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh manakala bagi kes cubaan rasuah, ia akan diserahkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut.

Pengedar Dadah Hulur Rm10 470

Sumber : Harian Metro Online
Foto : Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras

ArtikelDiterbitkan 19 Jun 2014 3.32 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM