Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Lapan Wanita Warga Vietnam Ditahan Terbabit Pelacuran

Published: 17 Jun 2014 5.25 AM Updated: 17 Jul 2026 11.47 AM
'Wanita terbabit dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran dengan mengenakan bayaran RM188 untuk sekali perkhidmatan dan ketika serbuan, terdapat dua pelanggan berada di premis itu,' katanya di sini h..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lapan-wanita-warga-vietnam-ditahan-terbabit-pelacuran
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 26/09/2026 13:02 MYT

Jerantut, 14 Jun - Lapan wanita warga Vietnam dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran dan melanggar syarat pas lawatan sosial ditahan dalam serbuan di sebuah premis di Bandar Inderapura dekat sini.

Ketua Polis Daerah Jerantut Supt Azid Ismail berkata dalam serbuan pukul 5 petang semalam, polis turut menahan lapan lelaki tempatan termasuk dua pelanggan dalam operasi 'Ops Noda'.

"Hasil maklumat orang awam dan risikan, polis menyerbu premis terbabit sebelum menahan kesemua wanita warga Vietnam dan lelaki itu yang masing-masing berumur antara 20 dan 30 tahun.

"Wanita terbabit dipercayai menjalankan aktiviti pelacuran dengan mengenakan bayaran RM188 untuk sekali perkhidmatan dan ketika serbuan, terdapat dua pelanggan berada di premis itu," katanya di sini hari ini.

Katanya polis juga merampas wang tunai berjumlah RM2,490, lapan kondom, dan tiga buku urus niaga premis berkenaan.

Katanya kesemua suspek termasuk enam lelaki yang dipercayai menguruskan premis itu dan dua pelanggan kini ditahan di Balai Polis Jerantut untuk siasatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 372 Kanun Keseksaan kerana menjalankan kegiatan pelacuran dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan iaitu mencari langganan untuk aktiviti persundalan serta Seksyen 39(b) Peraturan Imigresen 1963 kerana melanggar syarat pas lawatan sosial.

- BERNAMA

ArticlePublished 17 Jun 2014 5.25 AMUpdated 17 Jul 2026 11.47 AM