Polis Rampas Sekilogram Dadah Tahan Seorang Lelaki Di Muar
Muar,
14 Jun - Polis memberkas seorang lelaki dan merampas satu kilogram
dadah dipercayai jenis syabu bernilai RM250,000 dalam satu operasi di
Pangkalan Nelayan Parit Jawa, di sini awal hari ini.
Ketua
Polis Johor Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata dalam operasi 12.15
pagi itu polis turut merampas wang tunai RM5,000 daripada lelaki tempatan berusia 56 tahun berkenaan.
Polis
sedang menyiasat dari mana suspek memperoleh bekalan dadah dan untuk di
pasarkan di mana, katanya menambah bekalan dadah itu dapat menampung
5,000 penagih.
Beliau
ditemui pemberita selepas menyaksikan majlis serah terima tugas ketua
polis daerah Muar di antara pemangku Ketua Polis daerah Supt Sahadan
Jaafar dan Ketua Polis Daerah Muar yang baharu ACP Azman Ayub.
Menurut
Mohd Mokhtar, operasi itu hasil risikan awam dan lelaki tersebut
ditahan ketika berada di dalam kereta di Pantai Leka di pangkalan
berkenaan.
Kes disiasat mengikut Seksyen 39B (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
- BERNAMA