Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lapan Lelaki Ditahan Kira Kira 10 Jam Selepas Larikan Empat

Diterbitkan: 17 Jun 2014 3.31 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Kesemua mereka ditahan dengan bantuan polis Perak di kawasan Perindustrian Rima Lahat, Perak pada 11 pagi, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata dalam kejadian itu, enam lelaki bers..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lapan-lelaki-ditahan-kira-kira-10-jam-selepas-larikan-empat
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 15:27 MYT

Melaka, 9 Mei - Polis menahan lapan lelaki kira-kira 10 jam selepas mereka disyaki melarikan empat lori 10 tan milik sebuah syarikat sewaan lori di Alor Gajah di sini, semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata mereka yang ditahan ialah empat rakyat tempatan, dua Myanmar dan dua Nepal be
rusia antara 23 dan 34 tahun.

Kesemua mereka ditahan dengan bantuan polis Perak di kawasan Perindustrian Rima Lahat, Perak pada 11 pagi, katanya dalam kenyataan di sini hari ini. Beliau berkata dalam kejadian itu, enam lelaki bersenjatakan parang bertindak mengikat tangan dan menutup muka seorang pengawal keselamatan rakyat Bangladeh di premis syarikat sewaan lori berkenaan kira-kira 1 pagi.


Raja Shahrom berkata pengawal keselamatan itu kemudian ditinggalkan dalam sebuah kereta sebelum kesemua suspek melarikan empat lori yang tidak mempunyai muatan. Beliau berkata lori itu dikesan di kawasan Perindustrian Rima Lahat, Perak dan polis berjaya menemui semula tiga lori berkenaan dengan satu daripadanya telah dileraikan untuk dijual sebagai 'kenderaan potong'.

Polis sedang mengesan sebuah lagi lori milik syarikat itu yang dipercayai dilarikan beberapa lagi anggota kumpulan penjenayah terbabit, katanya. - BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 17 Jun 2014 3.31 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM