Murid Tahun Lima Antara Yang Ditahan Pecah Masuk Sekolah
Muar, 10 Mei - Tiga pelajar sekolah menengah ditahan atas kesalahan
memecah masuk sekolah mereka di Ledang malam Rabu lepas. Mereka dilapor
mengambil telefon bimbit, rantai leher serta beberapa barangan lain
yang dirampas guru disiplin daripada mereka sebelum ini.
Ketua Polis Daerah Ledang, Supt Harun Idris berkata perbuatan mereka itu turut disertai seorang murid tahun lima sebuah sekolah di Serom.
"Polis
menahan salah seorang daripada mereka yang berusia 15 tahun di sekolah
berkenaan kira-kira pukul 9.10 pagi semalam dan hasil soal siasat ke
atasnya, polis menahan pula tiga lagi rakannya termasuk murid tersebut,"
katanya.
Beliau
berkata polis juga menemui video cakera padat berjudul 'Jiwa Kacau'
daripada mereka yang kini ditahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan. -
BERNAMA