Lapan Lelaki Ditahan Kira Kira 10 Jam Selepas Larikan Empat
Melaka,
9 Mei - Polis menahan lapan lelaki kira-kira 10 jam selepas mereka
disyaki melarikan empat lori 10 tan milik sebuah syarikat sewaan lori di
Alor Gajah di sini, semalam.
Ketua
Jabatan Siasatan Jenayah Melaka ACP Raja Shahrom Raja Abdullah berkata
mereka yang ditahan ialah empat rakyat tempatan, dua Myanmar dan dua
Nepal berusia antara 23 dan 34 tahun.
Kesemua
mereka ditahan dengan bantuan polis Perak di kawasan Perindustrian Rima
Lahat, Perak pada 11 pagi, katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata dalam kejadian itu, enam lelaki bersenjatakan parang
bertindak mengikat tangan dan menutup muka seorang pengawal keselamatan
rakyat Bangladeh di premis syarikat sewaan lori berkenaan kira-kira 1
pagi.
Raja
Shahrom berkata pengawal keselamatan itu kemudian ditinggalkan dalam
sebuah kereta sebelum kesemua suspek melarikan empat lori yang tidak
mempunyai muatan. Beliau berkata lori itu dikesan di kawasan
Perindustrian Rima Lahat, Perak dan polis berjaya menemui semula tiga
lori berkenaan dengan satu daripadanya telah dileraikan untuk dijual
sebagai 'kenderaan potong'.
Polis
sedang mengesan sebuah lagi lori milik syarikat itu yang dipercayai
dilarikan beberapa lagi anggota kumpulan penjenayah terbabit, katanya. -
BERNAMA