Menjadikan
rumah mewah sebagai tempat penyimpanan DVD cetak rompak akhirnya
terbongkar setelah pihak polis membuat serbuan di Petaling Jaya dan
berjaya menahan seorang lelaki warganegara Myanmar Jumaat lalu.
Ekoran
daripada soal-siasat pihak polis menahan seorang lelaki dan seorang
perempuan warga tempatan berumur lingkungan 25 dan 41 tahun dan merampas
52 kotak yang mengandungi ribuan keping DVD tanpa Sijil Perakuan B,
sepucuk pistol tiruan bersama peluru plastik dan peluru bebola besi,
sarung pistol dan gari.
Dalam
sidang media Ketua Polis Selangor, Senior DCP Dato’ Pahlawan Mohd
Shukri bin Dahlan berkata kes akan disiasat dibawah Seksyen 6 akta
Penapisan Filem 2002 dan kesemua suspek direman sehingga esok.



Sumber : HEA Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor