Sidang Media Kpn Op Cantas Khas
Sejak
OPS Cantas Khas dilancarkan di seluruh negara bermula dari 17hb Ogos
2013 sehingga sekarang, banyak kejayaan besar telah diperolehi oleh
Polis DiRaja Malaysia. Jumlah tangkapan bermula dari 17hb Ogos2013
sehingga sekarang seramai 11036 orang telah ditangkap di atas pelbagai
jenis kesalahan, daripada 11036 orang yang ditangkap, seramai 4704 orang
adalah berbangsa Melayu, 1374 orang berbangsa Cina, 2845 orang
berbangsa India, 2113 orang lain-lain bangsa. Pihak polis juga berjaya
merampas 23 laras senjatapi, 14 pucuk senapang angin buatan sendiri, (1)
bom tangan, 1238 peluru dan 1958 pelbagai senjata berbahaya.
Menurut
IG Tan Sri Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Ketua Polis Nagara "daripada
tangkapan yang dibuat, seramai 47 orang ditangkap di bawa Akta
Pencegahan Jenayah, manakala yang lain dituduh di makahmah mengikut
lain-lain kesalahan. Untuk tempoh yang sama, Polis DiRaja Malaysia
berjaya mengurangkan kadar jenayah 7.34% di seluruh negara berbanding
dengan 38 hari sebelum Op Cantas dilaksanakan".
Seramai
304 orang ahli kongsi gelap ditangkap dengan 236 kertas siasatan dibuka
untuk pertuduhan mengikut Akta Pertubuhan 1966 (Akta 335). Pecahan
tangkapan mengikut kumpulan kongsi gelap iaitu Geng 04 seramai 60 orang,
Geng 08 seramai 110 orang, Geng 18 seramai 12 orang , Geng 36 seramai
60 orang dan bakinya lain-lain kumpulan. Amaran turut diberikan kepada
ahli-ahli kongsi gelap bahawa PDRM akan terus memburu, mengesan dan
menangkap mereka melalui Op Cantas yang dijalankan
Sumber : Unit Portal Dan Media Sosial Bukit Aman