Bukit Aman, 18 Jun -
Hasil daripada maklumat orang ramai dan usaha-usaha pembanterasan
berterusan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ke atas
aktiviti sindiket pengedaran dadah tempatan dan juga antarabangsa, 2
sindiket dadah telah berjaya dipatahkan pada hari yang sama oleh PDRM 14
Jun yang lalu.
Dalam
dua kes yang berasingan ini, pihak JSJN Negeri Sembilan telah membuat
serbuan ke atas sebuah rumah kedai di Taman Pinggiran Senawang, Negeri
Sembilan yang dipercayai menjadi stor simpanan dadah dan hasil
pemeriksaan, polis telah menjumpai serta merampas 12 kotak kertas
mengandungi 22,550 keping pil eramin 5 tetapi tiada sebarang tangkapan
dapat dilakukan.
Pada
hari yang sama bertempat di KLIA, Sepang , JSJN Bukit Aman telah
berjaya memberkas seorang lelaki warga Nigeria disyaki menelan dadah
berbahaya yang baru tiba dengan penerbangan dari Dubai.
Suspek
yang berusia 35 tahun telah disahkan oleh pihak hospital terdapat
ketulan-ketulan ganjil dari dalam perut suspek disyaki syabu sebanyak 99
ketul dengan anggaran berat 1,653 gram dan masih ditahan reman untuk
siasatan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa
hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.
Kejayaan
rampasan yang bernilai rm 48 juta pada harga pasaran semasa ini adalah
hasil kerjasama maklumat orang ramai disamping usaha pembanterasan yang
berterusan oleh JSJN ke atas aktiviti sindiket pengedaran dadah tempatan
dan antara bangsa.
Sidang
media yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1 Bukit Aman pada hari
ini dikendalikan oleh YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah
JSJN Bukit Aman.

YDH
CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman berucap
semasa mengendalikan sidang media JSJN di Dewan Theatrette, Menara 1,
Bukit Aman.

Pil Eramin 5 yang berjaya dirampas.

Kapsul disyaki syabu yang telah dikeluarkan dari perut suspek.

YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman menunjukkan dadah yang berjaya dirampas.
Wartawan dan Jurufoto : Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi.
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article
Lagi 2 Sindiket Dadah Tumpas
Dalam dua kes yang berasingan ini, pihak JSJN Negeri Sembilan telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah kedai di Taman Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan yang dipercayai menjadi stor simpanan dadah ..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-2-sindiket-dadah-tumpas
Scan to view the latest live version.