Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Amalkan Konsep 4p Dalam Penugasan Harian Dcp Dato Hj Ghazali

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.28 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
'Konsep 4P tersebut diyakini dapat merasionalisasi perkhidmatan pasukan polis bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Bukan sahaja kepada komuniti awam, malahan kepada s..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/amalkan-konsep-4p-dalam-penugasan-harian-dcp-dato-hj-ghazali
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:50 MYT

Langkawi, 15 Jun 2012 - Seluruh warga Polis Diraja Malaysia (PDRM), disarankan agar sentiasa mengamalkan amalan konsep '4P' dalam penambahbaikan kualiti perkhidmatan kepada semua peringkat komuniti.


"Konsep 4P tersebut diyakini dapat merasionalisasi perkhidmatan pasukan polis bagi meningkatkan keberkesanan dan kecekapan penyampaian perkhidmatan. Bukan sahaja kepada komuniti awam, malahan kepada semua peringkat pegawai, anggota dan pegawai awam dalam PDRM".


"Selain itu, amalan 4P juga bertujuan memastikan transformasi kepimpinan dalam penyampaian perkhidmatan berupaya menyeimbangkan kepentingan masyarakat dan integriti pasukan polis".


"Ia juga untuk memperkasakan modal insan dalam pasukan bagi menyampaikan perkhidmatan yang responsif kepada kehendak komuniti dalam sebuah negara yang majmuk ini."


Demikian kata DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin, Setiausaha Polis Malaysia (SUPM), ketika berucap di Majlis Penutup Kursus Asas Perhubungan Awam Siri 1/2012, di Mes Pegawai Kanan, Pusat Latihan Polis (PULAPOL), Langkawi.


Kursus yang dianjurkan oleh Urus Setia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam), Bukit Aman itu melibatkan 25 orang Ketua Polis Balai dari kontinjen Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Kursus diadakan pada 12 - 15 Jun 2012.


ACP Ramli Mohamed Yoosuf, Penolong Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Awam), ACP Mohd Roze Shaari, ACP Pentadbiran 2 Jabatan Pengurusan Bukit Aman, Supt. Abd. Latif Yusuf, Komandan PULAPOL Langkawi dan DSP Tang Chai Hak, Timbalan Komandan PULAPOL Langkawi , turut hadir di majlis itu.

Amalkan Konsep 4p Dalam Penugasan Harian Dcp Dato Hj Ghazali
PENUTUP KURSUS.. (dari kiri) ACP Ramli Mohamed Yoosuf, Pen. Ketua Urus Setia KPN (Perhubungan Awam), YDH DCP Hj. Ghazali Hj. Md. Amin dan Supt. Abd Latif Yusuf, Komandan PULAPOL Langkawi..

Amalkan Konsep 4p Dalam Penugasan Harian Dcp Dato Hj Ghazali
YDH DCP Hj. Ghazali menyampaikan sijil penghargaan kepada Insp. Vised a/l Chai Tong, Ketua Balai Polis Sg. Senam, Ipoh, Perak.

Amalkan Konsep 4p Dalam Penugasan Harian Dcp Dato Hj Ghazali
YDH DCP Hj. Ghazali menyampaikan sijil penghargaan kepada S/Insp. Shawal Hj. Shaari, Ketua Balai Polis Mata Ayer, Perlis.

Amalkan Konsep 4p Dalam Penugasan Harian Dcp Dato Hj Ghazali
Sebahagian daripada pegawai yang menghadiri Kursus Asas Perhubungan Awam Siri 1/2012 di Mes Pegawai Kanan PULAPOL, Langkawi.

Amalkan Konsep 4p Dalam Penugasan Harian Dcp Dato Hj Ghazali
Peserta kursus asyik mendengar ceramah yang disampaikan.

Amalkan Konsep 4p Dalam Penugasan Harian Dcp Dato Hj Ghazali
BERBINCANG.. peserta sentiasa berbincang bagi menghasilkan kualiti kertas kerja yang bermutu tinggi.

Amalkan Konsep 4p Dalam Penugasan Harian Dcp Dato Hj Ghazali
Sebahgian daripada Urus Setia Kursus Asas Perhubungan Awam 1/2012 yang bertanggungjawab memastikan perjalanan kursus berjalan dengan lancar dan jayanya.

Amalkan Konsep 4p Dalam Penugasan Harian Dcp Dato Hj Ghazali
BERGAMBAR KENANGAN.. Para pegawai dan anggota bergambar kenangan bersama DCP Dato' Hj. Ghazali Hj. Md. Amin (SUPM) di akhir majlis.


Teks : S/Insp. Megat Nizar

Foto : L/Kpl. Santher Kumar
ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.28 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM