Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Lagi 2 Sindiket Dadah Tumpas

Diterbitkan: 12 Jun 2014 1.29 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Dalam dua kes yang berasingan ini, pihak JSJN Negeri Sembilan telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah kedai di Taman Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan yang dipercayai menjadi stor simpanan dadah ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/lagi-2-sindiket-dadah-tumpas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:39 MYT

Bukit Aman, 18 Jun - Hasil daripada maklumat orang ramai dan usaha-usaha pembanterasan berterusan oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) ke atas aktiviti sindiket pengedaran dadah tempatan dan juga antarabangsa, 2 sindiket dadah telah berjaya dipatahkan pada hari yang sama oleh PDRM 14 Jun yang lalu.


Dalam dua kes yang berasingan ini, pihak JSJN Negeri Sembilan telah membuat serbuan ke atas sebuah rumah kedai di Taman Pinggiran Senawang, Negeri Sembilan yang dipercayai menjadi stor simpanan dadah dan hasil pemeriksaan, polis telah menjumpai serta merampas 12 kotak kertas mengandungi 22,550 keping pil eramin 5 tetapi tiada sebarang tangkapan dapat dilakukan.


Pada hari yang sama bertempat di KLIA, Sepang , JSJN Bukit Aman telah berjaya memberkas seorang lelaki warga Nigeria disyaki menelan dadah berbahaya yang baru tiba dengan penerbangan dari Dubai.


Suspek yang berusia 35 tahun telah disahkan oleh pihak hospital terdapat ketulan-ketulan ganjil dari dalam perut suspek disyaki syabu sebanyak 99 ketul dengan anggaran berat 1,653 gram dan masih ditahan reman untuk siasatan di bawah seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori jika disabit kesalahan.


Kejayaan rampasan yang bernilai rm 48 juta pada harga pasaran semasa ini adalah hasil kerjasama maklumat orang ramai disamping usaha pembanterasan yang berterusan oleh JSJN ke atas aktiviti sindiket pengedaran dadah tempatan dan antara bangsa.


Sidang media yang diadakan di Dewan Theatrette, Menara 1 Bukit Aman pada hari ini dikendalikan oleh YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman.

Lagi 2 Sindiket Dadah Tumpas
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman berucap semasa mengendalikan sidang media JSJN di Dewan Theatrette, Menara 1, Bukit Aman.

Lagi 2 Sindiket Dadah Tumpas
Pil Eramin 5 yang berjaya dirampas.

Lagi 2 Sindiket Dadah Tumpas
Kapsul disyaki syabu yang telah dikeluarkan dari perut suspek. 

Lagi 2 Sindiket Dadah Tumpas
YDH CP Datuk Noor Rashid bin Ibrahim, Pengarah JSJN Bukit Aman menunjukkan dadah yang berjaya dirampas.

Wartawan dan Jurufoto : Konst. Muhammad Iqtar bin Azmi.

ArtikelDiterbitkan 12 Jun 2014 1.29 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM