L Kpl Mohd Fauzan Harumkan Nama Pdrm Dan Negara
Lans Koperal Mohd Fauzan Ahmad Lutfi, anak jati kelahiran Pulau Pinang yang kini berusia 29 tahun adalah merupakan atlet lumba basikal negara sejak tahun 2006 lagi.
Anak bongsu daripada dua beradik itu kini bertugas sebagai anggota unit peronda di Ibu Pejabat Polis Daerah Barat Daya serta memegang Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan dengan kepujian.
Beliau telah beberapa kali mengharumkan nama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan negara menerusi sumbangan pingat yang diperolehinya hasil daripada kejohanan yang disertai sama ada dalam dan luar negeri.
Ikuti artikel lanjut berkaitan atlet kebanggaan PDRM ini menerusi artikel dari Utusan Malaysia di bawah. Tahniah Lans Koperal Mohd Fauzan!