Tindakan Biadap Mat Rempit Berakhir Dengan Saman Polis
Polis Perak menggempur sekumpulan Mat Rempit yang menganggu ketenteraman orang awam di sekitar Taman Tasik Taiping dengan berlumba haram sehingga membahayakan nyawa sendiri dan orang awam di kawasan terbabit.
Menurut Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Harrith Kam Abdullah, operasi tersebut berjaya menahan sekumpulan remaja yang berusia antara 17 sehingga 22 tahun.
Pihak polis turut mengeluarkan sebanyak 34 saman terhadap Mat Rempit tersebut atas pelbagai kesalahan lalu lintas yang dilakukan serta menyita motosikal yang terlibat.
Sumber: Sinar Harian