Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pil Erimin 5 Bernilai Rm7 9 Juta Dirampas

Diterbitkan: 19 Jan 2016 7.25 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
George Town, 19 Jan - Sejumlah 526,800 pil erimin 5 bernilai RM7.9 juta dirampas di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pil-erimin-5-bernilai-rm7-9-juta-dirampas
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:31 MYT


George Town, 19 Jan - Sejumlah 526,800 pil erimin 5 bernilai 
RM7.9 juta dirampas di kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP), di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang Supt Guan Beng Kang berkata kesemua pil yang dirampas dalam serbuan pukul 11 pagi itu dibalut dengan plastik hitam dan foil aluminium yang diletakkan dalam 10 kotak.

Beliau berkata kotak itu yang diisytihar mengandungi beg tangan dikirim dari luar negara melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12 Jan lepas.

"Kotak itu tiba di Pulau Pinang pada keesokannya (13 Jan)," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Beliau berkata pekerja kargo lapangan terbang di sini yang curiga dengan kandungan kotak itu membuat laporan polis selepas lima hari ia tidak dituntut ejen.

Beliau berkata polis tidak menolak kemungkinan pil itu dihantar sindiket pengedaran dadah antarabangsa kepada rangkaiannya di Pulau Pinang untuk pasaran di negeri ini, Selangor dan Kuala Lumpur.

Guan berkata polis juga telah mengenal pasti ejen yang sepatutnya mengambil semua kotak itu dan akan mengesan pemiliknya bagi membantu siasatan.

"Ejen itu beralamat di Pulau Pinang dan saya percaya ini bukan kali pertama sindiket pengedaran dadah berkenaan menggunakan cara sedemikian untuk menghantar bekalan pil tersebut," katanya.- BERNAMA

ArtikelDiterbitkan 19 Jan 2016 7.25 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM