Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kursus Memandu Kenderaan Ringan Induksi Bil 54 Siri 12 2007

Diterbitkan: 09 Jun 2014 3.30 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Bukit Aman - Seramai 29 anggota telah menghadiri Kursus Memandu Kenderaan Ringan Kelas 'D' (Induksi) Bil 54 Siri 12/2007 mulai 10 - 14 Disember 2007...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kursus-memandu-kenderaan-ringan-induksi-bil-54-siri-12-2007
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 05:56 MYT

Bukit Aman- Seramai 29 anggota telah menghadiri Kursus Memandu Kenderaan Ringan Kelas 'D' (Induksi) Bil 54 Siri 12/2007 mulai 10- 14 Disember 2007.

Kursus yang dianjurkan oleh Unit Latihan Cawangan Pengangkutan Kem Komandan Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia Bukit Aman, itu bertujuan memberikan lesen memandu pasukan kepada anggota yang telah memiliki lesen awam. Di samping itu ianya juga menguji kemahiran dan pengetahuan anggota tentang rukun-rukun memandu dan maksud
papan-papan tanda yang dipasang di sepanjang jalan raya.

Para peserta kursus juga didedahkan cara mudah untuk membuat 'L parking' dan 'side parking' serta pemanduan jarak jauh.

Kursus tersebut dikawal selia oleh SM Hj Samad Cheam Abdullah diikuti Sjn S. Ismail Anuar, Kpl. Mutalib Hassan, Kpl. Hanif Huri, L/Kpl. Abdullah Ahmad, L/Kpl. Yakub Ali dan L/Kpl. Mohd Yunan Ismail.

Majlis Penyampian Sijil dan Lesen Memandu disempurnakan oleh ASP Hj. Kamaruddin Mohamad Pegawai Pengangkutan Kem Komandan Bukit Aman.

Kursus Memandu Kenderaan Ringan Induksi Bil 54 Siri 12 2007
Peserta Kursus Memandu Kenderaan Ringan (Induksi) Bil.54 Siri 12/2007 bergambar kenangan bersama para jurulatih.

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 3.30 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM