Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Penyampaian Sayap Penerjunan Dan Penutup Kursus Asas Payung Terjun Statik Siri 3 2007

Diterbitkan: 09 Jun 2014 3.29 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah menyampaikan Sayap Penerjunan kepada 2 Pegawai dan 18 anggota pangkat rendah dari Unit Tindakan Khas..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-penyampaian-sayap-penerjunan-dan-penutup-kursus-asas-payung-terjun-statik-siri-3-2007
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:57 MYT

Taiping, Perak - 15 Disember 2007. Majlis Penyampaian Sayap Penerjunan Dan Penutup Kursus Asas Payung Terjun Statik Siri 3/2007 telah dirasmikan oleh YDH Dato' Ismail bin Haji Omar , Timbalan Ketua Polis Negara di Lapangan Terbang Tekah, Taiping, Perak.

Hadir dimajlis tersebut ialah YDH DCP Dato' Zulkifli bin Abdullah Ketua Polis Perak, YDH SAC 1 Dato' Mohd Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah KDNKA Pasukan Gerakan Khas, YDH SAC II Dato' Mohd Fuad bin Abu Zarim, Komander UTK, Dif-dif jemputan, Pegawai-pegawai kanan serta anggota dan keluarga PDRM.

YDH Timbalan Ketua Polis Negara telah menyampaikan Sayap Penerjunan kepada 2 Pegawai dan 18 anggota pangkat rendah dari Unit Tindakan Khas yang telah selesai menjalani Kursus Asas Payung Terjun Statik Siri 3/2007 yang diadakan selama sebulan di Ulu Kinta, Ipoh dan Taiping, Perak.

Dimajlis tersebut juga, YDH SAC 1 Dato' Mohd Sabtu bin Osman menyampaikan Lencana Sayap Kehormat beserta Sijil kepada tetamu kehormat iaitu :

1. YDH Dato' Ismail bin Haji Omar , Timbalan Ketua Polis Negara
2. YDH DCP Dato' Zulkifli Abdullah, Ketua Polis Perak
3. YDH SAC II Roslan bin Ahmad , Komander Pasukan Simpanan Persekutuan
4. YDH SAC II Azian Yahya , Setia Usaha Polis Malaysia (SUPM)

Majlis diteruskan dengan pertunjukan penerjunan payung statik di ketinggian 1200 kaki dan terjunan bebas dari ketinggian 4000 kaki oleh peserta Kursus Asas Payung Terjun Statik Siri 3/2007 dan Jurulatih dari Unit 69 Komando diketuai oleh P/ACP Junaid bin Haji Zakaria, Timbalan Komander 69 Komando. YDH Timbalan Ketua Polis Negara juga telah melawat meja pameran untuk mendengar dan menerima taklimat mengenai payung terjun yang digunakan oleh PDRM , disampaikan oleh ASP Abd Rahim Shafiee, Ketua Unit Para 69 Komando

Majlis Penyampaian Sayap Penerjunan Dan Penutup Kursus Asas Payung Terjun Statik Siri 3 2007
YDH SAC 1 Dato' Mohd Sabtu bin Osman, Timbalan Pengarah KDNKA Pasukan Gerakan Khas menyampaikan Lencana Sayap Kehormat kepada YDH Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara

Majlis Penyampaian Sayap Penerjunan Dan Penutup Kursus Asas Payung Terjun Statik Siri 3 2007
YDH Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara menerima Sijil 

Majlis Penyampaian Sayap Penerjunan Dan Penutup Kursus Asas Payung Terjun Statik Siri 3 2007
Gambar Kenangan... YDH Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara bergambar kenangan bersama peserta Kursus Asas Payung Terjun Statik Siri 3/2007 dan barisan Jurulatih

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 3.29 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM