Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Malam Polis Dan Media 2007

Diterbitkan: 09 Jun 2014 3.30 AM Dikemas kini: 15 Aug 2026 7.47 PM
Dengan tema ' Sepakat Satu Matlamat', Majlis Malam Polis Dan Media 2007 telah diadakan dengan meriahnya..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/malam-polis-dan-media-2007
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 11:09 MYT

Kuala Lumpur - 28 Disember 2007. Dengan tema " Sepakat Satu Matlamat", Majlis Malam Polis Dan Media 2007 telah diadakan dengan meriahnya di Grand Ballroom, Hotel Legend Kuala Lumpur.

Hadir dimajlis tersebut, YDH Tan Sri Musa bin Dato' Haji Hassan, Ketua Polis Negera, YDH Dato' Ismail bin Haji Omar, Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg. Datuk Azman bin Ujang, Pengurus Besar Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Y.Bhg. Dato' Adilah Shek Omar, Timbalan Ketua Pengarah Penyiaran RTM, YDH SAC I Puan Zaleha Abdul Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Malam Polis dan Media 2007. Hadir sama YDH Timbalan-timbalan Pengarah PDRM, Y.Bhg. Ketua-ketua Pengarang  Kumpulan dan Editor, para Produser , Pesuruhjaya dan Ketua-ketua Polis Negeri serta wartawan-wartawan.

Majlis yang diadakan setiap tahun ini adalah merupakan satu tanda penghargaan dan terima kasih daripada PDRM kepada media massa di atas segala sumbangan dan kerjasama yang telah diberikan selama ini. Ianya juga sebagai pembuka ruang untuk merapatkan silatulrahim serta mempertingkatkan lagi jaringan persahabatan yang lebih akrab, yang tersedia wujud sekian lama. Disamping itu juga, ianya akan memberi peluang kepada proses pertukaran fikiran dan maklumat serta memupuk kesedaran bersama di dalam memikul tanggungjawab sosial bagi mempastikan keamanan dan keselamatan negara sentiasa terjamin dan terus berkekalan.

Antara intipati ucapan YDH Ketua Polis Negara, beliau telah mengambil pendekatan dengan membuat perancangan untuk memodenkan Pusat Media yang sedia ada di Bukit Aman dalam usaha agar PDRM dapat menyalurkan maklumat yang tepat, teratur dan disahkan kepada media dalam jangka waktu yang diperlukan.
" Pusat Media yang moden dan serba lengkap, canggih, berinformasi amat diharapkan akan menjadi tempat wakil media berkumpul dan mendapatkan maklumat "

Beberapa aktiviti telah dijalankan antara  PDRM dan media  seperti pertandingan FUTSAL pada 18 Disember di Gelanggang FUTSAL NSTP Bangsar, Pertandingan Bowling pada 22 Disember di Flamingo Superbowl Ampang dan Pertandingan Menembak pada 26 Disember 2007 di Lapang Sasar PULAPOL Kuala Lumpur dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh YDH Timbalan Ketua Polis Negara di Majlis Malam Polis Dan Media  2007.

Majlis Malam Polis Dan Media 2007 telah dihiburkan oleh Kombo PDRM dan artis-artis dari Skop Productions, wakil-wakil media dan penyampaian sijil penghargaan dan hadiah oleh YDH Ketua Polis Negara

Malam Polis Dan Media 2007
Pertandingan Futsal di Gelanggang Futsal NSTP Bangsar

Malam Polis Dan Media 2007
Pertandingan Bowling di Flamingo Superbowl Ampang

Malam Polis Dan Media 2007
Pertandingan menembak yang diadakan pada 26 Disember di Lapang Sasar PULAPOL KL

Malam Polis Dan Media 2007
YDH Ketua Polis Negara bersama tetamu yang hadir di Majlis Malam Polis Dan Media 2007

ArtikelDiterbitkan 09 Jun 2014 3.30 AMDikemas kini 15 Aug 2026 7.47 PM