Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kurang Ilmu Punca Terpengaruh

Diterbitkan: 23 Feb 2015 4.59 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.47 AM
Individu yang terbabit dalam kegiatan Negara Islam (IS) disifatkan sebagai kurang pengetahuan dan didikan agama, sehingga menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan kumpulan pengganas berkenaan.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kurang-ilmu-punca-terpengaruh
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:20 MYT

Pagoh - Individu yang terbabit dalam kegiatan Negara Islam (IS) disifatkan sebagai kurang pengetahuan dan didikan agama, sehingga menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan kumpulan pengganas berkenaan. 

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata keadaan diburukkan dengan media sosial yang sering menjadi alat mempengaruhi golongan remaja menyertai IS. 

"Saya rasa mereka yang mahu menyertainya (IS) seperti ingin ke Syria ini sebagai orang yang kurang pengetahuan mengenai agama. 

"Mereka ini tipis pegangan agama dan pada masa sama cepat terpengaruh. 

"Mereka sering diberitahu kononnya ke sana (Syria) untuk menegakkan Islam, tetapi sebenarnya mereka sendiri tidak tahu ia perjuangan melampau dan bukan ajaran agama yang sebenarnya" katanya.

Sumber: Berita Harian

Kurang Ilmu Punca Terpengaruh

ArtikelDiterbitkan 23 Feb 2015 4.59 PMDikemas kini 17 Jul 2026 11.47 AM