Pagoh - Individu yang terbabit dalam kegiatan Negara Islam (IS) disifatkan sebagai kurang pengetahuan dan didikan agama, sehingga menyebabkan mereka mudah terpengaruh dengan kumpulan pengganas berkenaan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh, berkata keadaan diburukkan dengan media sosial yang sering menjadi alat mempengaruhi golongan remaja menyertai IS.
"Saya rasa mereka yang mahu menyertainya (IS) seperti ingin ke Syria ini sebagai orang yang kurang pengetahuan mengenai agama.
"Mereka ini tipis pegangan agama dan pada masa sama cepat terpengaruh.
"Mereka sering diberitahu kononnya ke sana (Syria) untuk menegakkan Islam, tetapi sebenarnya mereka sendiri tidak tahu ia perjuangan melampau dan bukan ajaran agama yang sebenarnya" katanya.
Sumber: Berita Harian