Gesa Rakyat Hargai Keamanan Jasa Wira Terdahulu
Pagoh: Generasi muda perlu menghayati dan menghargai pengorbanan perjuangan anggota polis terdahulu, yang berusaha mempertahankan kedaulatan negara daripada ancaman musuh.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar, berkata kemerdekaan yang dinikmati pada hari ini adalah hasil pengorbanan wira negara terdahulu.
"Tanggal 23 Februari adalah tarikh keramat dalam memperingati pengorbanan wira kita yang mempertaruhkan nyawa mereka demi mempertahankan negara dan bangsa tercinta dalam peristiwa Balai Polis Bukit Kepong.
"Walaupun berlaku 65 tahun lalu, peristiwa berdarah mengorbankan 21 anggota polis dan bantuan yang berjuang mempertahankan balai berkenaan, kini menjadi simbol kedaulatan negara tetap akan terus diingati," katanya.
Sumber: Berita Harian