Oleh : L/Kpl Edwind Indo
KUNJUNG SAHABAT SEBELUM BERUNDUR
KUALA
LUMPUR, 15 Mei - "Saya merasa amat berterima kasih di atas kesudian YDH
Tan Sri Datuk Seri Utama Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara
di atas kesudian untuk kami dapat memberi penghormatan terakhir kepada
beliau", ujar Y.Bhg Jeneral Tan Sri Dato' Sri Zulkifeli Mohd. Zin,
Panglima Angkatan Tentera dalam satu majlis Kunjungan Hormat Sempena
Persaraan Ketua Polis Negara, pagi tadi di Kementerian Pertahanan
Malaysia, Jalan Semarak, Pagi tadi.
"Saya
yakin perasaan 'comradship' di antara ATM dan PDRM akan tetap kekal dan
utuh untuk bersama-sama menjamin keselamatan dan kedaulatan negara, dan
tradisi ini akan diturunkan kepada generasi baru pasukan keselamatan
yang akan datang," tambah Y.Bhg Panglima Angkatan Tentera lagi.
Turut
hadir adalah Y.Bhg Jeneral Datuk Haji Zulkifli bin Haji Zainal Abidin,
Panglima Tentera Darat, Y.Bhg Laksamana Tan Sri Dato' Sri Abdul Aziz bin
Haji Jaafar, Panglima Tentera Laut, Y.Bhg Leftenan Jeneral Dato' Ackbal
bin Haji Abdul Samad, Panglima Operasi Udara, Pegawai Kanan Tentera
Malaysia dan rakan media.

Panji-Panji Utama diarak masuk ke Dataran

Ketibaan YDH Ketua Polis Negara disambut akrab oleh Y.Bhg Panglima Angkatan Tentera

Memberi tabik hormat kepada Kawalan Kehormatan

Kawalan Kehormatan memberi Hormat Panglima kepada Ketua Polis Negara

Ketua Polis Negara memeriksa baris

YDH Ketua Polis Negara bersalaman dengan Panglima Angkatan Tentera

YDH Ketua Polis Negara bersalaman dengan Pegawai Kanan Aangkatan Tentera Malaysia

Sekitar Dewan Teratai


Penyampaian Cenderahati Kenangan

Menandatangani Buku Pelawat


Bergambar Kenangan

Sidang Media singkat


Bacaan Doa Selamat kepada YDH Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Kunjung Sahabat Sebelum Berundur
'Saya yakin perasaan 'comradship' di antara ATM dan PDRM akan tetap kekal dan utuh untuk bersama-sama menjamin keselamatan dan kedaulatan negara, dan tradisi ini akan diturunkan kepada generasi baru p..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjung-sahabat-sebelum-berundur
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.