Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force
Bukit Aman - 30 September 2011
Bagi mengeratkan
lagi hubungan dua hala di antara Polis Diraja Malaysia dan Pasukan
Polis Singapura, satu Kunjung Hormat ke atas YDH IG Tan Sri Haji Ismail
bin Haji Omar, Ketua Polis Negara oleh Mr. Ng Joo Hee, Commissioner
Singapore Police Force berlangsung, petang ini. Pertemuan sulung Y.Bhg
Ketua Polis Singapura telah diaturkan di Pejabat YDH Ketua Polis Negara,
Tingkat 31, Menara I, Bukit Aman.
Inter Forces Games yang
berlangsung setahun sekali dan penggiliran tuan rumah secara
berselang-seli merupakan salah satu elemen keakraban dua
buah pasukan penguatkuasa undang-undang ini. Pertemuan dua pemimpin ini
turut menampakkan simbol kepada masyarakat dunia tentang kerjasama yang
erat untuk memerangi jenayah rentas sempadan.
Hadir
sama dalam pertemuan ini adalah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar,
Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed
Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), SAC Dato'
Ramli bin Din, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentabdiran
I) dan ACP Tuan Lim Leong Hock, ACP Urus Setia Ketua Polis Negara.
Di
akhir pertemuan, YDH Ketua Polis Negara turut membawa Y.Bhg Ketua Polis
Singapura melawat kawasan pejabat serta pemandangan Kuala Lumpur
melalui dinding kaca pejabat beliau.

YDH Ketua Polis Negara meyambut ketibaan Y.Bhg Ketua Polis Singapura

YDH Ketua Polis Negara memperkenalkan Kompleks Menara I, Bukit Aman


Perbincangan tertutup di Bilik Diskusi, Tingkat 31, Pejabat Ketua Polis Negara


Pertukaran Cenderahati Kenangan

Meninjau pemandangan Kuala Lumpur melalui pejabat Ketua Polis Negara

Sempat meninjau Kuala Lumpur menggunakan alat Teleskop

Meninjau pejabat YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Y.Bhg Ketua Polis Singapore menandatangani Buku Pelawat

Bergambar Kenangan...
Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo