Sungai Besi, 28 September 2011 - Setelah
sebulan mengerjakan ibadah puasa dalam bulan Ramadan, umat Islam
gembira menyambut ketibaan bulan Syawal. Hari-hari terakhir di bulan
syawal ini, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam telah
menganjurkan Salam Aidilfitri Polis Diraja Malaysia Bersama Masyarakat
Jabatan KDN/KA di Pangkalan Unit Udara PDRM Semenanjung, Sungai Besi,
Kuala Lumpur malam tadi.
Majlis diserikan dengan kehadiran tetamu istimewa, YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara bersama isteri, YBhg. Datin Sri Imran bin Ibrahim, YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA dan isteri, YBhg. Datin Puziah binti Bahari serta mantan-mantan Ketua Polis Negara dan Timbalan Ketua Polis Negara.
Turut hadir memeriahkan majlis ialah YDH Dato'-Dato' Pengarah Polis Diraja Malaysia bersama isteri, Pegawai-pegawai Kanan PDRM, tetamu jemputan dan warga Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, Polis Diraja Malaysia.
Juadah-juadah yang enak dan membuka selera telah sedia menanti tetamu yang hadir pada malam ini. Gerai-gerai juadah telah dihias dengan cantik dari unit-unit di Jabatan KDN/KA. Antara juadah yang disediakan ialah nasi beriani bersama lauk ayam/kambing, lemang dan rendang, kambing bakar, lontong, satay, mee rebus, laksa, kuih muih, buah-buahan dan beraneka jenis air minuman.
Tetamu juga telah dihiburkan dengan persembahan dari Quintet PDRM, Ghazal dari Badan Kebudayaan Muzium PDRM, Badan Kebudayaan Briged Tengah PGA dan nyanyian dari wakil-wakil unit.
Di akhir majlis, YDH Timbalan Ketua Polis Negara dan isteri bersama YDH Pengarah Jabatan KDN/KA dan isteri telah menyampaikan sumbangan duit raya kepada kanak-kanak yang hadir pada malam itu.

Ketibaan YDH CP Dato' Salleh bin Mat Rasid, Pengarah Jabatan KDN/KA

kanan...Y.Bhg Datin Puziah binti Bahari

Kanan...YDH Timbalan Ketua Polis Negara bersama mantan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Tan Sri Mohd Bakri bin Haji Omar (tengah)

Kanan... Mantan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Tan Sri Abdul Rahim bin Mohd Noor

Kanan.. Mantan Timbalan Ketua Polis Negara, Y.Bhg Tan Sri Hussin bin Haji Ismail
Gambar-gambar sekitar majlis Salam Aidil Fitri Polis Diraja Malaysia Bersama Masyarakat Jabatan KDN/KA

Suasana di gerai ...

Sumbangan duit raya kepada kanak-kanak

Wartawan : Sjn Zaiddin bin Dahalan
Jurufoto : Sjn Zaiddin bin Dahalan dan L/Kpl Fansus Jangor