Bukit Aman - 30 September 2011
Bukit
Aman telah menerima 32 orang pelawat daripada delegasi Thailand, pagi
ini. Ketibaan delegasi diiringi dengan ucapan selamat datang, disambut
mesra oleh YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, Pemangku Pengarah
Pengurusan PDRM.
Turut
hadir adalah YDH SAC Dato' Asri bin Yusoff, Timbalan Pengarah
Pengurusan PDRM, YDH SAC Dato' Aishah binti Mohammad, Penolong Pengarah
Perkhidmatan (Rekod Personal) PDRM, YDH SAC Dato' Zaleha binti Abdul
Rahman, Timbalan Pengarah Pengurusan (Pentadbiran), YDH SAC Dato' Nizar
bin Mohd Ali, Ketua Pengarah Pengurusan (Perkhidmatan) dan Pegawai Kanan
Polis.
Delegasi
yang diketuai oleh Y.Bhg Pol Leftenan General Dato' Manoch Kraiwong,
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Keadilan Dan Hal Ehwal Polis Thailand
bersama Delegasi Pegawai Jawatankuasa yang lain telah dikongsikan dengan
maklumat-maklumat berguna contohnya maklumat gambaran keseluruhan
mengenai Polis Diraja Malaysia, faedah persaraan PDRM, skim gaji dan
perkhidmatan sebagai seorang polis di Malaysia. Di samping itu, Delegasi
turut diterangkan maksud misi PDRM, iaitu 'untuk memberikan
perkhidmatan yang profesional dan berkualiti dalam melindungi negara
serta mempastikan persekitaran yang selamat kepada masyarakat'.
Program
lawatan pagi ini diakhiri dengan pertukaran cenderahati kenangan dan
jamuan ringan di Tingkat 16, Menara II, Bukit Aman.

Ketibaan Pol Leftenan General Dato' Manoch Kraiwong disambut mesra oleh YDH Pemangku Pengarah Pengurusan PDRM

Kemesraan di wajah sempena pertemuan kedua pemimpin

Pol Leftenan General Dato' Manoch Kraiwong menandatangani Buku Pelawat

Bergambar kenangan di pejabat Tingkat 30, Menara I, Bukit Aman

Taklimat di Tingkat 16, Auditorium Menara I, Bukit Aman

Antara Pegawai delegasi Thailand yang hadir
Sesi Soal Jawab Selepas Taklimat




Pertukaran Cenderahati Kenangan






Pegawai Delegasi menjamu selera
Wartawan : L/Kpl Edwind Indo
Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo dan Konst. Santher Kumar A/L Sehgar
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel
Kunjungan Hormat Delegasi Thailand
Bukit Aman telah menerima 32 orang pelawat daripada Delegasi Thailand, pagi ini. Ketibaan Delegasi diiringi dengan ucapan selamat datang, disambut mesra oleh YDH DCP Dato' Abd Rahim bin Haji Hanafi, P..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjungan-hormat-delegasi-thailand
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.