Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force

Published: 11 Jun 2014 7.08 AM Updated: 17 Jul 2026 11.46 AM
Bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Singapura, satu Kunjung Hormat ke atas YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara oleh Mr. N..
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kunjung-hormat-mr-ng-joo-hee-commissioner-singapore-police-force
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:07 MYT

Bukit Aman - 30 September 2011

Bagi mengeratkan lagi hubungan dua hala di antara Polis Diraja Malaysia dan Pasukan Polis Singapura, satu Kunjung Hormat ke atas YDH IG Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar, Ketua Polis Negara oleh Mr. Ng Joo Hee, Commissioner Singapore Police Force berlangsung, petang ini. Pertemuan sulung Y.Bhg Ketua Polis Singapura telah diaturkan di Pejabat YDH Ketua Polis Negara, Tingkat 31, Menara I, Bukit Aman.

Inter Forces Games yang berlangsung setahun sekali dan penggiliran tuan rumah secara berselang-seli merupakan salah satu elemen keakraban dua buah pasukan penguatkuasa undang-undang ini. Pertemuan dua pemimpin ini turut menampakkan simbol kepada masyarakat dunia tentang kerjasama yang erat untuk memerangi jenayah rentas sempadan.

Hadir sama dalam pertemuan ini adalah YDH DIG Dato' Sri Khalid bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Polis Negara, YDH CP Dato' Wira Syed Ismail bin Syed Azizan, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK), SAC Dato' Ramli bin Din, Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Pentabdiran I) dan ACP Tuan Lim Leong Hock, ACP Urus Setia Ketua Polis Negara.

Di akhir pertemuan, YDH Ketua Polis Negara turut membawa Y.Bhg Ketua Polis Singapura melawat kawasan pejabat serta pemandangan Kuala Lumpur melalui dinding kaca pejabat beliau.

Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force
YDH Ketua Polis Negara meyambut ketibaan Y.Bhg Ketua Polis Singapura

Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force
YDH Ketua Polis Negara memperkenalkan Kompleks Menara I, Bukit Aman

Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force
Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force
Perbincangan tertutup di Bilik Diskusi, Tingkat 31, Pejabat Ketua Polis Negara

Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force
Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force
Pertukaran Cenderahati Kenangan

Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force
Meninjau pemandangan Kuala Lumpur melalui pejabat Ketua Polis Negara

Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force
Sempat meninjau Kuala Lumpur menggunakan alat Teleskop

Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force
Meninjau pejabat YDH Timbalan Ketua Polis Negara

Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force
Y.Bhg Ketua Polis Singapore menandatangani Buku Pelawat

Kunjung Hormat Mr Ng Joo Hee Commissioner Singapore Police Force
Bergambar Kenangan...

Wartawan/Jurufoto : L/Kpl Edwind Indo

ArticlePublished 11 Jun 2014 7.08 AMUpdated 17 Jul 2026 11.46 AM