Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kumpulan Jack Tumpas Juga

Diterbitkan: 13 Jun 2014 1.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Subang Jaya - 17 Februari 2009. Polis Selangor berjaya menembak mati 2 lelaki yang paling dikehendaki telibat dalam melakukan kes Samun Kereta Mewah di Lembah Klang. Kumpulan penjenayah terbabit mati ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kumpulan-jack-tumpas-juga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:40 MYT

Subang Jaya - 17 Februari 2009. Polis Selangor berjaya menembak mati 2 lelaki yang paling dikehendaki terlibat dalam melakukan kes Samun Kereta Mewah di Lembah Klang. Kumpulan penjenayah terbabit mati dalam siri berbalas tembakan dengan polis di kawasan Apartment Star View USJ 22, Subang Jaya.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, kumpulan penjenayah tersebut menggunakan kereta Toyota Vios warna hitam yang dipercayai sedang menunggu mangsa untuk melakukan samun. Sebaik menyedari diri mereka dikepung, mereka bertindak agresif melanggar kereta polis dan melepaskan beberapa das tembakan ke arah anggotanya. Tembakan balas dilepaskan bagi mempertahankan diri. Salah seorang suspek mati di tempat kejadian manakala seorang lagi mati dalam perjalanan ke Hospital Serdang.

Katanya, polis merampas 1 pucuk pistol jenis Colt 45, 10 butir peluru dan 2 kelongsong peluru dan 2 keping plate nombor pendaftaran palsu. Turut dirampas sebuah kereta Toyota Vios menggunakan nombor pendaftaran palsu yang masih dilaporkan disamun di Pudu, Kuala Lumpur.

Kumpulan penjenayah terbabit dipercayai telah melakukan samun sebanyak 30 kes samun kereta mewah di Selangor.

Katanya lagi, Polis Selangor telah mengenalpasti saki baki ahli kumpulan Geng Jack dan tangkapan akan dibuat tidak lama lagi. Kejayaan ini hasil maklumat orang awam.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 1.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM