Artikel
Geng Samun Van Rokok Masuk Perangkap
Petaling Jaya - 6 Mac 2009. Kegembiraan kumpulan penjenayah menikmati hasil samun yang dilakukan oleh mereka tidak berpanjangan apabila mereka ditangkap oleh C...
Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar berkata, 3 penjenayah terbabit baru saja selesai melakukan samun van muatan rokok di Kajang.
Menurutnya lagi, pihaknya berjaya merampas kembali pelbagai jenis rokok yang dianggarkan RM 80,000.00. Turut dirampas sebuah Van Toyota Estima yang digunakan semasa samun dipercayai dicuri di Nilai, Negeri Sembilan, pelbagai senjata berbahaya seperti parang dan pisau serta topi baseball berlambang Polis.
Dengan tumpasnya kumpulan penjenayah ini, Polis Selangor percaya dapat menyelesaikan 10 kes samun van bermuatan rokok di Selangor. Usaha untuk mengesan saki-baki kumpulan ini masih diteruskan.
Kejayaan ini hasil maklumat orang awam.