Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Geng Angah Tumpas Juga

Diterbitkan: 13 Jun 2014 1.08 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Sepang - 4 Februari 2009. Polis Selangor berjaya menembak mati empat lelaki Indonesia yang paling dikehendaki di Jalan Sungai Merab, Dengkil, Selangor awal pagi tadi...
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/geng-angah-tumpas-juga
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 07:02 MYT

Sepang - 4 Februari 2009. Polis Selangor berjaya menembak mati empat lelaki Indonesia yang paling dikehendaki di Jalan Sungai Merab, Dengkil, Selangor awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Bin Abu Bakar berkata, penjenayah-penjenayah terbabit telah diekori dari Pekan Kajang dengan menaiki sebuah kereta Proton Wira putih yang dipercayai dalam perjalanan mahu melakukan samun di kawasan tersebut bertindak ganas semasa kereta mereka dipintas di Jalan Sg. Merab. Semasa anggotanya mahu buat tangkapan, kesemua suspek bertindak agresif dan menyerang polis dengan menggunakan parang.

Katanya, tiga daripada suspek mati di tempat kejadian manakala seorang suspek mati dalam perjalanan ke Hospital Kajang. Hasil pemeriksaan, didapati kereta yang digunakan oleh kumpulan penjenayah terbabit dilaporkan disamun pada 17 Januari 2009 di Klang, Selangor.

Turut dirampas empat bilah parang, pelbagai jenis tangkal, empat helai topeng muka dan pelbagai barangan hasil samun seperti komputer riba yang dijumpai di dalam bonet kereta terbabit.

Polis Selangor percaya, dengan tumpasnya kumpulan ini telah berjaya menyelesaikan 18 kes samun dan pecah rumah di Selangor. Siasatan masih diteruskan bagi mengenalpasti penglibatan kumpulan ini di negeri-negeri lain.

Kejayaan besar adalah hasil maklumat orang awam.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 1.08 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM