Kumpulan Halim Misai Tumpas
Kota
Bahru - 13 Ogos 2009. Kumpulan 'Halim Misai' yang bergerak aktif
melakukan kegiatan pecah kereta di sekitar daerah Kota Bahru, Pasir Mas
dan Tanah Merah telah berjaya ditumpaskan oleh Polis Kontinjen Kelantan.
Kumpulan 'Halim Misai' ini merupakan satu kumpulan yang terdiri
daripada 3 orang di mana ketiga-tiga ahli ini mempunyai pertalian
keluarga
Bertindak
di atas maklumat dan risikan yang dijalankan, sepasukan anggota Polis
dari Jabatan Siasatan Jenayah, Kontinjen Kelantan yang diketuai oleh
Insp Kolanthaivelu Raman telah berjaya menangkap 2 ahli kumpulan 'Halim
Misai' pada 7 Ogos 2009. Pihak polis telah berjaya merampas sebuah
motokar jenis Proton Wira A/B dengan pendaftaran palsu dan sebuah
motokar Perodua kancil yang dilaporkan hilang di Kota Bahru.
Hasil
soal siasat, terhadap 2 lelaki melayu yang berusia 38 tahun dan 26
tahun, mereka mengaku terlibat 1 kes curi kereta di Kota bahru dan 6 kes
pecah kereta di sekitar Kota bahru dan Tanah Merah. Hasil pemeriksaan
ke atas kereta Proton Wira A/B, pihak polis telah menemui beberapa
peralatan pecah kenderaan seperti 1 gergaji besi, 1 besi pengumpil, 1
pemutar skrew, 1 kikir tiga segi dan juga sebilah kapak. Selain itu ,
didalam beg yang turut ditemui, pihak polis menjumpai beberapa kad
pengenalan, lesen memandu, buku akaun dan juga sebuah laptop jenis Acer
4310 yang dipercayai di curi dari kenderaan yang mereka pecah.
Kedua-dua
suspek tersebut, yang juga positif dadah, ditahan untuk siasatan lanjut
dan akan didakwa di bawah Seksyen 379 A Kanun Keseksaan