Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Op Gazania 2009

Diterbitkan: 13 Jun 2014 2.12 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Pada 2hb. Mei 2009, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman/Pahang, telah melancarkan 'Ops Gazania' 2009 dan berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis 'syabu' (methamphetamine) di..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/op-gazania-2009
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 04:33 MYT

KEJAYAAN BAHAGIAN PERLUCUTHAKAN HARTA, JSJN.
OP. GAZANIA - 2009


Pada 2hb. Mei 2009, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik, Bukit Aman/Pahang, telah melancarkan 'Ops Gazania' 2009 dan berjaya menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah jenis 'syabu' (methamphetamine) di Rompin, Pahang. (3) ahli sindiket telah ditangkap.

 

2.         Susulan daripada itu, Bahagian Perlucuthakan Harta, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN), Bukit Aman, dengan dibantu oleh JSJN, Pahang dan Johor telah menjalankan penyiasatan kewangan/ "asset tracing" di bawah Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988 untuk mengesan serta menyita harta benda yang dimiliki oleh ahli-ahli sindiket dan sekutu-sekutu (associates) mereka. Hasil daripada siasatan yang terperinci dan menyeluruh, Bahagian Perlucuthakan Harta telah berjaya  mengesan dan menyita harta benda kepunyaan (3) ahli sindiket serta (14) orang sekutu dan (4) entiti (syarikat/perniagaan) yang dipercayai berkaitan dengan aktiviti pengedaran dadah. Harta benda yang disita termasuk harta alih (movable property) dan harta tak alih (immovable property) berjumlah          RM 22.477 juta seperti berikut :-

2.1       Wang tunai                                                      RM      65,994.95

2.2        Jumlah wang dalam akaun bank                       RM 4,628,069.52

2.3        8 buah rumah/kedai                                         RM 7,893,120.00

2.4        16 bidang tanah                                               RM 9,445,635.00

2.5         7 buah kenderaan bermotor                             RM    445,000.00

Jumlah                                 RM 22,477,819.47

 

            3.         Nilai sitaan tersebut merupakan sitaan yang paling tinggi dalam satu kes narkotik sejak penguatkuasaan Akta Dadah Berbahaya Perlucuthakan Harta pada tahun 1988. Siasatan kes ini telah mendedahkan bahawa sindiket-sindiket pengedaran dadah telah memperolehi wang dan pendapatan yang lumayan  hasil daripada aktiviti haram mereka. Seterusnya wang dan pendapatan yang diperolehi telah digunakan untuk membeli harta benda seperti rumah/tanah dan juga disalurkan ke syarikat-syarikat perniagaan untuk tujuan penggubahan wang haram (money laundering). Walaubagaimana pun, kejayaan JSJN menyita wang dan harta benda dalam kes ini telah berjaya melumpuhkan sumber dan keupayaan kewangan sindiket pengedaran dadah tersebut dengan berkesan.

 

4.         Sejak penguatkuasaan Akta Dadah Berbahaya (Perlucuthakan Harta) 1988, JSJN telah berjaya menyita harta benda yang dimiliki oleh pengedar-pengedar dadah/sekutu-sekutu mereka berjumlah RM 405,447,922.83 Sitaan bagi (3) tahun terakhir juga menunjukkan peningkatan seperti berikut :-

 

                        4.1       Tahun 2006                             RM 20,499,484.73

                        4.2       Tahun 2007                             RM 37,768,354.07

                        4.3       Tahun 2008                             RM 38,254,171.79

 

Bagi tahun 2009 (sehingga Julai sahaja), nilai sitaan telah menjangkau                        RM 40.06 juta iaitu mengatasi nilai sitaan tahun 2008.

 

5.         Sebagai rumusan, Perlucuthakan Harta merupakan satu senjata yang sangat berkesan dalam membanteras jenayah narkotik dengan melumpuhkan sumber dan keupayaan sindiket pengedaran dadah dan sekutu mereka. Dengan  menyita wang dan harta benda yang haram dapat menyampaikan satu mesej yang jelas iaitu "CRIME DOES NOT PAY" dan sebagai "DETERRENCE" kepada penjenayah-penjenayah.

ArtikelDiterbitkan 13 Jun 2014 2.12 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM