Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Kuala Lumpur Sebagai Bandar Selamat Di Dunia

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.33 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar berjanji untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandarmetropolitan yang maju seiring dengan peningkatan tahap keselamatannya sebagai bandaraya ..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/kuala-lumpur-sebagai-bandar-selamat-di-dunia
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 09:41 MYT
KUALA LUMPUR -  1 Disember 2010.

Ketua Polis Negara, YDH Tan Sri Haji Ismail bin Haji Omar berjanji untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandar metropolitan yang maju seiring dengan peningkatan tahap keselamatannya sebagai bandaraya yang selamat di mata dunia. 
    

Berucap semasa upacara Serah Terima Tugas YDH Deputi Komisioner Polis (DCP) Dato' Wira Muhammad Sabtu kepada YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli bin Abdullah sebagai Ketua Polis Kuala Lumpur yang baru di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, beliau menjelaskan momentum pengurangan indeks jenayah akan diteruskan meskipun sasaran PDRM untuk mengurangkan statistik jenayah kepada 5% dan jenayah jalanan kepada 20% telahpun tercapai.
     
Tambahnya lagi, PDRM  akan terus mewujudkan kolaborasi diantara rakyat, media, jabatan-jabatan kerajaan dan agensi-agensi bukan kerajaan(NGO) dalam memantapkan lagi organisasi PDRM.
     
Beliau menjelaskan,struktur kepimpinan PDRM haruslah dimantapkan bagi merealisasikan hasrat PDRM dalam menghadapi cabaran-cabaran dunia global masa kini dan akan datang selaras dengan objektif kerajaan untuk mewujudkan bandaraya Kuala Lumpur sebagai bandaraya metropolitan yang bebas jenayah.   
   

Beliau turut menekankan elemen 4P (Performance, Proactive, Protective, People Oriented) yang diterapkan kepada setiap warga PDRM hendaklah diteruskan sebagai panduan sejajar dengan gagasan kerajaan 'Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan'. 

Perkasakan Modal Insan 
Terdahulu, YDH DCP Dato' Pahlawan Zulkifli Abdullah dalam ucapannya berjanji akan meneruskan usaha dan tugas mantan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH Dato' Wira Muhammad Sabtu dalam mengurangkan indeks jenayah di KualaLumpur.        
Menurutnya lagi,selaras dengan pembangunan modal insan negara, beliau berhasrat untuk memperkasakan modal insan di kalangan pegawai dan anggota PDRM di IPK KL dalam melaksanakan penugasan seharian, meningkatkan produktiviti kerja sekaligus kepercayaan dan persepsi masyarakat terhadap PDRM dapat dipertingkatkan. Pengukuhan modal insan di kalangan warga PDRM seiring dengan cabaran dan landskap warga Kuala Lumpur yang pelbagai.

"If You Think You Can, You Can!"
If You Think You Can,You Can, If You Think You Can't, You Can't- prinsip mantan Ketua Polis Kuala Lumpur, YDH Dato' Wira Muhammad Sabtu yang diluahkan dalam ucapannya kepada seluruh warga IPK KL sebagai kata-kata azimat sebelum beliau menyerahkan tugas kepada ketua baru mereka. Mengulas kenyataannnya kepada pihak media, harapan beliau supaya hasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai bandaraya tanpa motosikal sebagai salah satu inisiatif bagi mengurangkan jenayah jalanan menjadi kenyataan.
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.33 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM