Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang

Diterbitkan: 10 Jun 2014 6.34 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 11.46 AM
Jagalah anak-anak kita, beri perhatian kepada mereka, jadikan mereka sebagai rakan kita dan ambil tahu ke mana mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan..
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/majlis-ramah-mesra-timbalan-ketua-polis-selangor-bersama-komuniti-rakan-cop-daerah-sepang
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 16:05 MYT
Sepang - 1 Disember 2010

Menyahut seruan kerajaan dalam Bidang Keberhasilan Keutamaan Negara (NKRA), Kontinjen Selangor telah berjaya menurunkan Jenayah Indeks sebanyak 12.33 %, perbandingan sepuluh bulan pertama tahun ini dengan tahun 2009, dan Jenayah Jalanan yang juga telah menurun sebanyak 39 %.

Bagi meningkatkan imej Pasukan Polis ke arah NKRA, pendekatan telah diambil oleh Ibu Pejabat Daerah Sepang dengan menjadikan Rakan Cop sebagai wadah bagi merealisasikan hasrat pucuk pimpinan PDRM untuk menjalinkan hubungan yang kukuh antara Polis dan masyarakat bagi mewujudkan Daerah Sepang yang selamat dari jenayah.

Dengan usaha yang berterusan ke arah meningkatkan lagi jaringan kerjasama dalam pencegahan jenayah, penyaluran maklumat jenayah, dadah dan lain-lain keselamatan, Ibu Pejabat Daerah Sepang berusaha mengadakan kempen untuk menggalakkan penyertaan masyarakat dalam Rakan Cop.

Bertempat di Golden Palm Tree, Sepang Gold Coast, Bagan Lalang, YDH SAC
Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor telah mewakili YDH Ketua Polis Selangor, hadir di Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Keahlian Rakan Cop Daerah Sepang Tahun 2010.

Ketibaan beliau, disambut dengan paluan kompang dan diiringi bunga manggar oleh YDH Superintenden Zahedi bin Ayob, Ketua Polis Daerah Sepang, YDH DSP Baharudin bin Mustapha, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang, YDH DSP Zainudin bin Kassim, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang (KLIA), Pegawai-pegawai IPD Sepang dan Ketua-Ketua Polis Balai.

Turut hadir ialah Y.Bhg Encik Wong Mun Choon, COO Sepang Gold Coast, Pengurus-pengurus Bahagian Sepang Gold Coast, wakil-wakil masyarakat serta ahli-ahli Rakan Cop Daerah Sepang.

Sebanyak lapan wakil komuniti iaitu komuniti Balai Polis Sg. Pelek, Balai Polis Sepang, Balai Polis Salak Tinggi, Balai Polis KLIA, Balai Polis Cyberjaya, Balai Polis Putra Perdana, Balai Polis DABB dan Balai Polis Dengkil telah menyerahkan borang keahlian Rakan Cop kepada YDH SAC Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor di Grand Ballroom 2, Golden Palm Tree, Sepang Gold Coast.

Di majlis ini juga,
YDH Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam bersama-sama YDH Superintenden Zahedi bin Ayob telah memakaikan 'vest' Rakan Cop kepada wakil-wakil komuniti Rakan Cop.

Antara ucapan oleh YDH Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam, beliau menyeru kepada semua komuniti Rakan Cop Daerah Sepang memainkan peranan yang lebih aktif dan positif dalam menjaga keselamatan setempat, kurang bergantung kepada pihak polis dan sekaligus dapat mewujudkan perasaan dan budaya 'tanggungjawab bersama' antara kedua belah pihak dalam memerangi jenayah.

YDH Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam juga menyentuh tentang golongan remaja yang banyak terlibat didalam kejadian jenayah dan berharap komuniti-komuniti Rakan Cop dapat bersama-sama berganding bahu dengan pihak Polis memainkan peranan mencegah golongan remaja ini terjebak di dalam kancah jenayah.

"Jagalah anak-anak kita, beri perhatian kepada mereka, jadikan mereka sebagai rakan kita dan ambil tahu kemana mereka pergi dan dengan siapa mereka berkawan" nasihat YDH Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam kepada wakil-wakil komuniti Rakan Cop.

Di majlis ini juga semua tetamu dipertontonkan tayangan video Rakan Cop dan dihiburkan dengan persembahan nyanyian oleh Band Lagenda dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang sambil 'Hi-Tea'.

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
YDH SAC Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor telah mewakili YDH Ketua Polis Selangor,di Majlis Ramah Mesra dan Penyerahan Keahlian Rakan Cop Daerah Sepang Tahun 2010 di Golden Palm Tree, Sepang Gold Coast, Bagan Lalang

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
Ucapan oleh YDH SAC Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
Antara wakil-wakil komuniti Rakan Cop yang hadir...

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
Pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat Polis Daerah Sepang

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
Juruacara majlis...Sjn Azli bin Neek Sulong dan L/Kpl Zanariah binti Bachok

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
Upacara simbolik penyerahan keahlian Rakan Cop...

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
YDH SAC Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam bersama-sama YDH Superintenden Zahedi bin Ayob telah memakaikan 'vest' Rakan Cop kepada wakil Komuniti Balai Polis Sg. Pelek, Encik Zainal Karib bin Osman

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
YDH Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam melihat borang keahlian Rakan Cop yang diserahkan oleh wakil komuniti Balai Polis KLIA, Y.Bhg Tuan Zulkifli bin Bashir, Pengurus MAB

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
YDH Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam menyampaikan cenderahati kepada Y.Bhg Encik Wong Mun Choon, COO Sepang Gold Coast

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
Ketua Polis Daerah Sepang menyampaikan cenderahati kepada YDH SAC Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
Jamuan 'Hi-Tea'...

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
Anggota Polis dan wakil-wakil komuniti Rakan Cop menjamu selera...

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
Band Lagenda IPD Sepang menghiburkan tetamu...

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
YDH SAC Dato' A. Thaiveegan a/l Arumugam, Timbalan Ketua Polis Selangor dibawa melawat Golden Palm Tree, Sepang Gold Coast

Majlis Ramah Mesra Timbalan Ketua Polis Selangor Bersama Komuniti Rakan Cop Daerah Sepang
dari kiri..Supt. Catherine Low Sze Foon, PT Pentadbiran Kontinjen Selangor, D
SP Baharudin bin Mustapha, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang dan DSP Zainudin bin Kassim, Timbalan Ketua Polis Daerah Sepang (KLIA)

Jurufoto     : L/Kpl Muhammad Lokmanul Hakim
Wartawan   : Sjn Zaiddin Dahalan
Penyunting :
F29 Siti Fatimah bt Abdul Manan
ArtikelDiterbitkan 10 Jun 2014 6.34 AMDikemas kini 17 Jul 2026 11.46 AM